Wanita Di Kedah Dakwa Tak Dapat Mengundi, IC Sudah Diguna ‘Pengundi Hantu’
Dakwa Rozana, petugas SPR yang memeriksa Kad Pengenalannya terkejut apabila mendapati seorang individu telah membuang undi dengan menggunakan IC atau MyKad miliknya terlebih dahulu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Ketika ini sedang berlangsungnya proses undian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Sehubungan itu rakyat Malaysia di enam negeri terlibat berpusu-pusu ke pusat mengundi masing-masing bagi menjalankan tanggungjawab mereka.
Pun begitu, seorang wanita di Padang Serai, Kedah mendakwa tidak dapat berbuat demikian setelah kad pengenalan miliknya diguna oleh individu lain yang datang membuang undi sebelum itu.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook Rozana Mokhtar, wanita terbabit pada awalnya telah bersemangat untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai pengundi di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Mahsuri, Padang Serai.
Petugas SPR terkejut, IC milik wanita itu telah digunakan untuk mengundi
Bagaimanapun dakwanya, sewaktu mahu membuang undi, petugas SPR yang memeriksa Kad Pengenalan wanita itu terkejut apabila mendapati seorang individu telah menggunakan IC atau MyKad miliknya terlebih dahulu.
“Semangat pagi ini nak pergi mengundi, elok pula orang tak ramai terus masuk je. Bagi lah IC dekat petugas.
“Mereka check nama lepastu mereka terkejut lah juga bagitau dah ada yang datang mengundi tadi guna IC ini,” tulisnya di kapsyen.
Tak dapat mengundi, terpaksa buat laporan polis
Susulan kejadian itu, wanita terbabit tidak dapat mengundi dan terpaksa membuat laporan polis dengan segera.
“Nama sama boleh terima lagi, ni IC sama kot. Tak pasal kena buat laporan polis.
“Sesungguhnya pengundi hantu itu wujud tau, kecewa tak tahu nak cerita, geram semua ada,” tulisnya lagi.
Difahamkan, Rozana kemudiannya membuat laporan polis di sebuah Balai Polis di Padang Serai, Kedah.
Namun setakat ini belum ada sebarang pengesahan dari pihak berkuasa berhubung dakwaannya itu,
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.