L’Oréal Perkukuh Komitmen Di Malaysia, Ingin Cipta ‘Kecantikan Yang Mampu Menggerakkan Dunia’
L’Oréal Malaysia diasaskan pada tahun 1995 dengan matlamat untuk memenuhi keperluan pecinta kecantikan di Malaysia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
L’Oréal Malaysia telah mengadakan penampilan korporat buat julung kali selaras dengan komitmen Syarikat tersebut untuk ‘Mencipta Kecantikan Yang Menggerakkan Dunia’.

Sebagai peneraju utama dalam industri kecantikan, L’Oréal percaya dan menyokong kecantikan untuk menjadi inklusif, kepelbagaian, perkasa dan bertanggunjawab dengan membawa perubahan positif kepada individu, komuniti, serta alam sekitar melalui inisiatif yang diterajui oleh syarikat ini serta jenama-jenamanya.
Tujuan kami dalam mencipta kecantikan yang menggerakkan dunia adalah kerana kecantikan merupakan suatu keperluan manusia dan mempunyai kuasa inkslusif. Berlandaskan kepelbagaian dan keterangkuman, pemerkasaan wanita, kebertanggungjawaban dan inovasi, kami mencipta kecantikan yang dinamik untuk memberi manfaat kepada semua. Kami telah melaksanakannya lebih 20 tahun di Malaysia dan kami kekal komited untuk melakukan perubahan yang lebih bermakna di masa hadapan.
Tomas Hruska, Pengarah Urusan L’Oréal Malaysia.

L’Oréal Untuk Masa Hadapan
Ini merupakan matlamat kemampanan Kumpulan untuk tahun 2030.
Dengan cabaran sosial dan alam sekitar yang semakin meningkat, L’Oréal memacu transformasi ke arah model yang menghormati batasan dan mengukuhkan komitmen terhadap kemampanan dan keterangkuman.

Semua jenama L’Oréal menyampaikan perubahan positif dalam bidang kemampanan, pemerkasaan wanita dan isu-isu sosial.

Di Malaysia, terdapat 12 jenama yang telah memulakan perjalanan ini iaitu:
- L’Oréal Professionnel Paris.
- L’Oréal Paris.
- La Roche Posay.
- Garnier.
- Maybelline New York.
- Lancôme.
- Yves Saint Laurent Beaute.
- Armani Beauty.
- Kiehl’s.
- shu uemura.
- ITCosmetics.
- Kérastase.
L’Oréal Foundation

Fondation tersebut menyokong dan memperkasakan wanita untuk membentuk masa depan mereka bagi melakukan perubahan dalam masyarakat.
Beauty for a Better Life melengkapkan wanita-wanita kurang bernasib baik dengan kemahiran pendandanan rambut dan kecantikan untuk membantu mengubah nasib hidup mereka.

Sementara L’Oréal-UNESCO For Women in Science menyokong saintis wanita dengan sumbangan untuk penyelidikan di mana dunia memerlukan sains dan sains memerlukan wanita.
Teknologi Kecantikan L’Oréal
Dalam dunia yang giat berkembang, semua industri sedang diubah oleh teknologi, di mana perniagaan kecantikan tidak terkecuali. Revolusi kecantikan sudah tiba dan berada di hujung jari kita.
Dari penyelesaian penjagaan kulit berasaskan AI hingga peranti solek peribadi melalui kod-kod kecantikan baru, L’Oréal menerajui teknologi kecantikan yang memacu impak positif pada tahap kolektif dan individu.
Untuk rekod, L’Oréal Malaysia diasaskan pada tahun 1995 dengan matlamat untuk memenuhi keperluan kecantikan rakyat Malaysia.
Syarikat ini merupakan peneraju utama industri kecantikan dengan 12 jenama yang menawarkan produk berteknologi tinggi yang paling maju dalam setiap kategori, dan produk ini diedarkan melalui saluran pemasaran massa, gedung serbaneka, salun kecantikan dan platform e-dagang.
Syarikat ini juga komited meningkatkan impak sosio-ekonomi yang positif dengan memperkasakan wanita, membantu komuniti memerlukan, serta memacu komitmen kelestariannya.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.