Now Reading
Tular Video Kes Buli Pelajar Sekolah Di Kota Samarahan, PDRM Tahan 4 Suspek

Tular Video Kes Buli Pelajar Sekolah Di Kota Samarahan, PDRM Tahan 4 Suspek

Kes buli berkenaan disiasat di bawah Seksyen 322 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mengakibatkan kecederaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Satu video insiden buli yang melibatkan pelajar Tingkatan 1 di Kota Samarahan telah tular di media sosial sejak Isnin (19 Jun). Berikutan itu, empat orang suspek telah ditahan oleh polis Sarawak, lapor Berita Harian.

Klip video berdurasi 47 saat itu memaparkan adegan yang membimbangkan, di mana mangsa yang berpakaian uniform sukan sekolah berwarna hijau dibuli tanpa henti oleh dua orang rakan sekolah bertubuh lebih kecil berbandingnya.

Mereka mengejar mangsa tanpa henti dan membelasahnya sementara beberapa orang individu hanya melihat dan tidak masuk campur dalam insiden tersebut.

Masih tidak berpuas hati dengan pembulian ke atas mangsa, seorang lagi pelajar lain dengan tubuh badan bersaiz sederhana mula menyerang mangsa.

Pelajar tersebut menumbuk mangsa di muka dan belakang badan, serta menendang mangsa.

Insiden tersebut telah dirakam seorang pelajar lain yang melihatkan mangsa menjerit kesakitan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Brodie Brangka, siasatan terus dilakukan sebaik pihaknya menerima laporan.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di belakang blok kedai Taman Desa Permai, Kota Samarahan. Seorang pelajar Tingkatan Satu sekolah tersebut telah dipukul oleh empat orang pelajar lelaki dari sekolah sama.

DSP Brodie Brangka.

Beliau berkata kesemua empat suspek telah dikenal pasti dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu atas kesalahan sengaja mengakibatkan kecederaan.

Menurut Brangka, pihak sekolah telah ambil maklum mengenai insiden tersebut dan meminta supaya rakaman video tidak disebarkan serta orang awam tidak membuat sebarang spekulasi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd