Now Reading
Belum Reda Kes Tunjal Kepala Wanita, Lelaki Baju Merah Didakwa Pernah Tampar Pelayan Restoran Di Cameron Highlands

Belum Reda Kes Tunjal Kepala Wanita, Lelaki Baju Merah Didakwa Pernah Tampar Pelayan Restoran Di Cameron Highlands

Suspek yang direman selama tiga hari didakwa pernah menampar pelayan di sebuah restoran steamboat di Cameron Highlands berkali-kali pada 4 Jun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, telah tular satu video yang memaparkan insiden road rage atau buli jalan raya membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita. Kejadian tersebut didapati berlaku di sebuah jalan yang sesak dari Cameron Highlands menuju ke Tapah, Perak.

Dalam video itu, seorang lelaki berbaju merah keluar dari kereta di hadapan untuk ‘menegur’ pemandu wanita di belakangnya.

Dia mengetuk tingkap kereta dengan kuat sebelum meninggikan suara kepada wanita tersebut apabila tingkap diturunkan. Lelaki tersebut sepertinya memarahi pemandu wanita itu kerana memotong di selekoh dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Situasi menjadi lebih teruk apabila dia mula menampar kepala wanita itu kerana dikatakan ‘meninggikan suara’. Apabila mangsa membalas percakapannya, dapat dilihat lelaki itu seolah menolak kepalanya sekali lagi.

BACA JUGA: Macam Samseng! Lelaki ‘Tunjal’ Kepala Wanita Gara-Gara Salah Faham Di Jalan Raya Buat Ramai Berang [Video]


Suspek Ditahan Pihak Polis & Direman 3 Hari

Selepas kejadian tersebut, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh, Selangor pada 6 Jun.

Lelaki itu kemudiannya ditemui di Serdang, Selangor dan serta-merta ditahan pada hari yang sama.

Suspek dibawa ke IPD Tapah, Perak untuk siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sehubungan dengan itu, suspek telah direman selama tiga hari bermula 7 Jun hingga 9 Jun. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata perintah reman dikeluarkan menurut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.


Didakwa Pernah Tampar Pelayan Restoran Berkali-kali Di Cameron Highlands

Kisah biadap suspek tidak berhenti di situ sahaja, apabila seorang pengguna TikTok, Puteri, mendakwa pernah menyaksikan lelaki itu menampar pelayan di sebuah restoran steamboat di Tanah Rata, Cameron Highlands.

@cadar_puterichantique Replying to @PUTHREESS ♬ original sound – PUTHREESS

Puteri bersama keluarganya yang ketika itu baru hendak memesan makanan tiba-tiba melihat suspek menampar seorang pelayan. Pada mulanya, mereka memilih untuk tidak masuk campur.

Namun begitu, ketika suspek hendak melakukan pembayaran, dia didakwa melempar makanan dan menampar seorang lagi pelayan berkali-kali. Tidak sabar melihat keadaan tersebut, Puteri dan keluarganya menegur suspek supaya menghentikan tindakannya dan mengugut untuk menelefon polis.

Even lambat satu jam pun, kena sabar la. Kalau tak boleh sabar, angkat kaki, just go. Kita kena ada common sense. Jangan tampar orang sesuka hati.

Puteri.

Suspek kemudian menghampiri Puteri dan memberi amaran supaya dia tidak masuk campur. Seorang ahli keluarga Puteri turut bertekak dengan suspek sebelum isteri suspek menarik tangannya dan beransur dari situ.


Mangsa Ucap Terima Kasih Sebab ‘Stand Up’ Untuknya

Meninjau di ruangan komen, seorang pelayan yang juga mangsa dilihat tampil mengucapkan terima kasih kepada Puteri dan keluarganya kerana membantunya dan pelayan lain.

Malah, dia turut memaklumkan sudah membuat laporan polis. Salinan laporan tersebut turut dikongsikan Puteri menerusi satu muat naik baharu di TikTok miliknya.

@cadar_puterichantique Replying to @zaitonkhalid ♬ original sound – PUTHREESS

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd