Now Reading
Filem ‘Eraser’ Tampil Lakonan Terakhir Adibah Noor, Boleh Ditonton Di Prime Video

Filem ‘Eraser’ Tampil Lakonan Terakhir Adibah Noor, Boleh Ditonton Di Prime Video

Adibah Noor memainkan watak ‘Khadijah’ di dalam filem Eraser.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Siapa yang tidak kenal Allahyarhamah Adibah Noor Mohamed Omar, seorang susuk tubuh yang tidak asing dalam dunia perfileman Malaysia. Juga seorang penyanyi dan bekas guru Bahasa Inggeris, Adibah Noor telah memegang watak di dalam pelbagai filem seperti Sepet, Talentime, Mencari Rahmat dan Juang.

Mungkin lebih terkenal dengan watak komedi, tetapi Adibah Noor juga banyak memainkan watak sebagai seorang yang dramatik. Lakonannya diminati ramai kerana aksinya yang bersahaja tetapi juga berjaya dalam menyampaikan emosi.

Walau bagaimanapun, Tuhan lebih menyayanginya apabila Allahyarhamah kembali ke rahmatullah pada 18 Jun 2022 selepas bertarung dengan kanser ovari tahap empat.

Juang merupakan filem pertama dengan penampilan Adibah Noor setelah kematiannya.


Filem Eraser Tampil Lakonan Adibah Noor

Terkini, sebuah filem baru bertajuk Eraser turut menampilkan lakonan oleh Adibah Noor sebagai ‘Khadijah’.

Eraser yang diarahkan oleh Mark Lee See Teck serta ditulis bersama Tang Yen Yen dan Siti Jasmina Ibrahim, adalah filem bergenre drama, kekeluargaan dan romantik. Berdurasi 94 minit, naskah tersebut sebenarnya telah dikembangkan daripada format filem pendek dengan durasi hanya tiga minit.

Filem Eraser mengangkat tema perpaduan, ihsan, kasih sayang, setia, hormat dan harmoni. Intipati yang ingin disampaikan adalah bahawa pertalian sesama manusia tidak akan terputus walaupun berbeza agama.

Filem tersebut bermula dengan kisah sebuah keluarga yang porak peranda namun terus bertahan dalam kesukaran hidup. Eraser yang bermaksud ‘pemadam’ atau ‘hapus’ merupakan sebuah simbol yang harus difikirkan dan difahami oleh penonton.

Allahyarhamah Adibah Noor meninggal dunia hanya tiga bulan setelah penggambaran filem Eraser. Berita kematiannya mengejutkan Mark Lee yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja pasca produksi filem Eraser.

Eraser telah mula ditayangkan di platform Prime Video sejak 1 Jun 2023 dan merupakan salah satu filem Malaysia yang dimasukkan ke kategori wajib tonton. Filem tersebut boleh diakses di seluruh Asia Tenggara.

Antara barisan pelakon filem Eraser ialah Nam Ron, Angela Chan, Dhiya Ariffin dan Alyssa Lee.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd