Now Reading
Kualiti Sama, Harga Lebih Murah. Beli Barang Bayi ‘Preloved’ Jauh Lebih Jimat Untuk Ibu Ayah Kali Pertama

Kualiti Sama, Harga Lebih Murah. Beli Barang Bayi ‘Preloved’ Jauh Lebih Jimat Untuk Ibu Ayah Kali Pertama

Terdapat pelbagai barangan bayi berkualiti yang dijual secara ‘preloved’ dalam keadaan seperti masih baru dan berkali ganda lebih murah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Adakah anda sedang menunggu ketibaan si kecil tersayang buat pertama kali? Sudahkah anda survey barangan bayi yang nak guna nanti? Kalau belum, jangan terkejut bila jumpa barangan bayi berharga ratusan, malah ribuan ringgit!

Suraya, penulis blog Ringgit Oh Ringgit, yang baru sahaja menyambut kelahiran putera pertamanya, terkejut apabila dapat tahu ada stroller berharga lebih RM3,000 dan playmat berharga lebih RM700.

Orang ramai turut berkongsi harga stroller bayi yang dibeli mereka. Walaupun harga stroller mahal, tetapi ia sangat berkualiti dan boleh dipakai dalam jangka masa lama serta untuk anak-anak seterusnya.

Terdapat juga individu yang berkongsi walaupun stroller mahal dikatakan lebih berkualiti, tetapi mereka merasakan terdapat stroller berkualiti yang boleh didapatkan pada harga jauh lebih murah.

Di samping itu, ada yang berpendapat lebih bagus jika melebihkan perbelanjaan bagi barangan bayi tertentu, terutamanya bagi kelengkapan babywearing seperti carrier, wrap dan meitai, serta tempat duduk kereta bayi.


Beli Barangan Bayi Preloved Untuk Lebih Jimat

Mungkin ramai yang tidak tahu, tetapi barangan bayi boleh didapatkan dengan harga lebih murah dengan membeli barangan preloved.

Bakal ibu bapa boleh bertanya kepada ahli keluarga atau rakan-rakan jika mereka ingin menjual barangan bayi yang tidak digunakan lagi.

Sebagai seorang ibu, penulis turut mempunyai pengalaman sendiri dalam membeli barangan bayi dan turut memilih untuk membeli barangan preloved. Penulis membeli stroller preloved yang dijual oleh rakannya pada harga RM100 berbanding sekitar RM400 harga asalanya.

Berbanding meletakkan bayi di dalam stroller, penulis lebih gemar babywearing seperti yang dicadangkan sesetengah pengguna Twitter di atas. Kelengkapan babywearing yang berkualiti dan ergonomik sememangnya mencecah ratusan ringgit. Baby carrier yang berkualiti boleh menampung berat anak sehingga 16kg atau 20kg.

Gambar hiasan. Kredit gambar: Christopher Luther/ Unsplash.

Penulis menggunakan carrier jenama Boba dengan lingkungan harga antara RM500 hingga RM600. Namun begitu, hasil carian penulis menemui baby carrier Boba preloved yang dijual pada harga RM250 dengan kualiti seperti baru.

Ibu bapa boleh menyertai kumpulan Facebook babywearing seperti Malaysian Babywearers (Official) untuk tahu lebih lanjut mengenainya dan mendapatkan kelengkapan secara preloved. Terdapat juga kelengkapan babywearing yang dijual melalui Facebook Marketplace atau Carousell.

Sebagai tambahan, penulis juga memilih untuk membeli sesetengah barangan bayi seperti permainan dan pakaian pada harga murah kerana ia akan digunakan sekejap sahaja oleh bayi.

Gambar hiasan. Kredit gambar: Pixabay

Harus diingat, bayi membesar dengan sangat cepat. Bayangkan jika beli baju berharga RM50 sepasang tetapi bayi hanya muat pakai selama 3 hingga 5 bulan, sayangnya!

Namun begitu, bagi ibu bapa yang bercadang untuk mempunyai ramai anak, apa salahnya jika membeli barangan bayi lebih mahal yang akan bertahan lama dan boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya.

Antara barangan bayi yang dirasakan oleh penulis sesuai untuk berbelanja lebih adalah baby carrier, baby carseat, pam susu dan baby cot, kerana boleh dipakai dalam jangka masa lama.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd