Now Reading
Lelaki Ini Dedah Pengalaman Kerja Di New Zealand Setelah 10 Bulan Berhijrah

Lelaki Ini Dedah Pengalaman Kerja Di New Zealand Setelah 10 Bulan Berhijrah

Menurutnya, New Zealand mengamalkan budaya pergi dan balik kerja tepat pada waktunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sudah tentu ramai yang mempunyai cita-cita untuk berhijrah dan bekerja di luar negara. Selain daripada meningkatkan peluang ekonomi, bekerja di luar negara juga mendedahkan kita dengan budaya baru.

Mungkin anda pernah mendengar buah mulut bahawa negara-negara luar, terutamanya negara berpendapatan tinggi, mempunyai budaya bekerja yang mementingkan work-life balance. Tapi perkara ini betul atau cuma khabar angin?

Perkongsian Oleh Lelaki Yang Bekerja Di New Zealand

Seorang pengguna Twitter, Alf yang berumur 26 tahun, kini sedang bekerja di Christchurch City, New Zealand. Setelah 10 bulan bekerja di sana, dia membuat perkongsian tentang pengalaman bekerjanya di sana.

New Zealand mengamalkan budaya pergi dan balik kerja tepat pada waktunya. Menurut Alf, semua pekerja di tempat kerjanya pulang ke rumah tepat pada jam 3.30 petang. Group Whatsapp kerja juga tidak digunakan di luar waktu bekerja.

Di New Zealand, pekerja diwajibkan untuk mengikuti kursus kepelbagaian budaya dan anti-buli. Malah, tiada jurang bagi hubungan antara staff biasa dan team leader/ manager dalam urusan kerja seharian.


Undang-undang Tempat Kerja Di New Zealand

Undang-undang tempat kerja di New Zealand kelihatan lebih longgar berbanding di Malaysia. Pekerja boleh mengambil cuti sakit tanpa memberitahu sakit apa yang dialami serta tidak perlu mendapatkan medical certificate (MC) daripada klinik.

Kod pakaian kerja juga fleksibel, walaupun bagi jabatan kerajaan. Pekerja yang tidak berkerja sebagai front office staff turut diizinkan memakai seluar pendek pada hari-hari tertentu.

Di samping itu, New Zealand mempunyai undang-undang berkenaan waktu rehat dan waktu makan. Majikan wajib memberikan sekurang-kurangnya 10 minit waktu rehat yang berbayar, dan 30 minit waktu makan tanpa bayaran. Secara umumnya, pekerja mendapat 10 minit waktu rehat bagi setiap dua jam bekerja.

Sumber: Employment New Zealand

Alf berkata dia menghimpunkan jumlah waktu rehat dengan waktu makan untuk mendapatkan waktu rehat selama satu jam bagi memudahkan urusan makan dan solat Zuhur.

Di Malaysia, rata-rata pekerja perlu bekerja selama 9 jam sehari, dengan satu jam waktu rehat tidak berbayar. Namun begitu, waktu bekerja di New Zealand hanyalah 7.5 jam sehari termasuk waktu rehat.

Alf turut berkongsi perjalanannya dari rumah ke tempat kerja, yang mana dia hanya perlu berjalan kaki selama 15 hingga 20 minit.


Pertanyaan Orang Ramai Terhadap Perkongsiannya

Perkongsian oleh Alf banyak menerima persoalan daripada orang ramai. Seorang pengguna Twitter bertanya tentang sewaan rumah. Menurut Alf, dia membayar NZD350 (RM1002.90) setiap minggu bagi bilik studio di bandar.

Selain itu, kebanyakan kedai di New Zealand tutup pada jam 10 malam. Hanya beberapa pub dan bar yang masih beroperasi selepas itu.

Kos perubatan di New Zealand juga lebih kurang dengan kos di Malaysia bagi penduduk tempatan. Namun tidak dinyatakan jika kos ini sama dengan kos perubatan bagi pekerja asing yang bekerja di sana.

Ditanya tentang perkara paling seronok bekerja di New Zealand, Alf menjawab work-life balance yang menjadi budaya di sana.

Seorang pengguna Twitter turut berkongsi ringkas pengalamannya bekerja di Belanda. Dia turut menikmati work-life balance dan dapat bekerja dari rumah 2 atau 3 hari seminggu.


Kongsi cerita viral dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd