Now Reading
Bajet 2023: Kerajaan Perpaduan Peka Kepada Keperluan Ibu Bekerja

Bajet 2023: Kerajaan Perpaduan Peka Kepada Keperluan Ibu Bekerja

PERKESO akan meminda Aktanya supaya ia boleh menawarkan geran bernilai 80% daripada gaji pekerja yang diinsuranskan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Kerajaan Perpaduan peka terhadap keperluan wanita terutama mereka yang terpaksa berhenti kerja selepas cuti bersalin untuk menjaga anak berikutan peningkatan kos penjagaan anak.

Untuk menggalakkan wanita kembali bekerja, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) akan meminda Aktanya supaya ia boleh menawarkan geran bernilai 80% daripada gaji pekerja yang diinsuranskan.

Dianggarkan lebih 130,000 wanita yang kembali bekerja selepas bersalin akan mendapat manfaat daripada geran ini yang melibatkan jumlah RM290 juta setahun.

Ketika membentangkan Bajet 2023 hari ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan menggesa majikan menyediakan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat.

Kerajaan akan terus memudahkan garis panduan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat termasuk membenarkan penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di tingkat yang lebih tinggi di pejabat bertingkat.

Insentif cukai sedia ada juga akan dilanjutkan untuk elaun penjagaan kanak-kanak serta kos penyediaan pusat jagaan kanak-kanak di pejabat. Sekiranya maklum balas daripada majikan tidak menggalakkan, kerajaan akan meneliti keperluan untuk mewajibkan penyediaan kemudahan tersebut bagi menyara ibu yang bekerja.

Pada masa sama, kerajaan akan memudahkan proses pendaftaran dan memulakan semula program penentukuran semula untuk taska dan pusat jagaan kanak-kanak yang tidak berdaftar di seluruh negara. Sebanyak RM15 juta disediakan sebagai pinjaman mudah untuk membantu usahawan.

Bagi penjawat awam, kerajaan akan memberi subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan selain menaikkan had pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5000 kepada RM7000.

Bagi meluaskan akses kepada pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan akan meneruskan pembinaan 80 taska dan Tabika KEMAS, termasuk 13 projek baharu.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd