Now Reading
PU Azman Didakwa Sekali Lagi Atas Pertuduhan Amang Seksual & Kelucahan Melampau

PU Azman Didakwa Sekali Lagi Atas Pertuduhan Amang Seksual & Kelucahan Melampau

PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan itu di dua mahkamah berasingan iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, hari ini.

PU Azman

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Umum sedia maklum, terdahulu pada 12 Oktober, PU Azman telah didakwa di Mahkamah Sesyen di atas lima (5) pertuduhan amang seksual fizikal yang dilakukan terhadap dua remaja lelaki sekitar bulan Februari dan Julai tahun ini.

Walau bagaimanapun, hari ini (7 Disember), Pencetus Ummah itu sekali lagi didakwa di atas tiga lagi pertuduhan iaitu melakukan amang seksual dan juga satu kelucahan melampau terhadap tiga remaja lelaki.

Memetik laporan Kosmo, PU Azman bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan itu di dua mahkamah berasingan iaitu Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, hari ini.

Azman Syah Alias, 41 dituduh menerusi dua kes amang seksual fizikal di sebuah inap desa di Sungai Udang pada jam 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun lalu.

Pengakuan tidak bersalah tersebut dibuat di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Susulan itu, penceramah selebriti itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat, sekiranya disabitkan kesalahan bagi setiap pertuduhan.

Mengulas lanjut, PU Azman juga didakwa menggalakkan komunikasi secara seksual melalui aplikasi WhatsApp dengan dituduh mengikut Seksyen 11 (1)(b) akta kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Ia dikatakan dilakukan di Kampung Meru pada 16 Ogos melibatkan dua orang remaja lelaki berusia 17 tahun.

PU Azman Didakwa Melakukan Perbuatan Kelucahan Melampau Terhadap Remaja Bawah Umur

PU Azman telah didakwa di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid atas tuduhan melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki lain berusia 19 tahun di sebuah rumah di Jalan Sungai Bertek kira-kira pukul 9.15 malam pada 10 Jun lalu.

Kesalahan tersebut dilakukan mengikut Seksyen 377d Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga dua tahun sekiranya disabitkan kesalahan.

Susulan itu, pihak mahkamah membenarkan jaminan keseluruhan RM24,000 bersama penjamin dengan syarat tambahan untuk tidak mengganggu mangsa, keluarga dan saksi pendakwaan selain tampil untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran rumah setiap awal bulan bermula bulan ini.

Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 12 Januari tahun depan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd