Now Reading
Jangan Sesekali Guna Kad Vaksinasi Palsu Untuk Balik Kampung!

Jangan Sesekali Guna Kad Vaksinasi Palsu Untuk Balik Kampung!

Tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) akan diambil oleh PDRM jika ada pihak yang ingkar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Umum sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah membenarkan aktiviti rentas negeri bermula hari ini (11 Oktober) bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan keputusan ini rakyat bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang telah lama berpisah, melancong dan sebagainya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90%.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

PDRM keluar amaran

PDRM juga kini mengingatkan orang ramai yang belum divaksin supaya jangan cuba menggunakan kad vaksinasi palsu kerana boleh diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Kredit: Astro Awani

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata pihaknya tidak menafikan cubaan itu mungkin akan ada namun sekiranya ditahan – pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan mengikut akta itu.

Kita mempunyai empat pasukan pemantau dan dua pasukan akan bertugas setiap hari untuk melakukan pemeriksaan di pasar raya, kedai makan dan hentian lebuh raya untuk memastikan mereka sudah lengkap dua divaksin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir melalui Harian Metro.

Malah, pihaknya juga akan menambah pasukan pemantau di peringkat balai termasuk sembilan balai di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan masing-masing akan tubuhkan pasukan pemantau.

Walaupun SJR dan penugasan itu sudah tamat namun tugas polis tidak terhenti di sini malah pemantauan akan berterusan termasuk pemeriksaan mengejut (snap check) akan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir melalui Harian Metro.

Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd