Now Reading
Isu Viral Campak Duit Depan Wartawan, Lelaki Ini Buat Parodi Campak Benda Lain….

Isu Viral Campak Duit Depan Wartawan, Lelaki Ini Buat Parodi Campak Benda Lain….

Ketika temubual bersama wartawan, Iqbal bertindak mencampak kesemua wang tunai yang dimilikinya ketika itu dari sebuah beg.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kisah cinta serta pertelingkahan yang berlaku antara jutawan kosmetik Datuk Seri Vida dan bekas pengawal peribadinya iaitu Ahmad Iqbal ternyata seperti tiada kesudahan.

Mereka berdua juga dikatakan bakal berkahwin pada bulan Disember ini.

Namun begitu, beberapa hari lalu telah tular satu video di mana Iqbal dilihat berang sambil menjelaskan kepada orang ramai bahawa dia bukanlah seorang yang suka mengikis duit orang lain seperti yang didakwa.

Oleh disebabkan itu, ketika temubual bersama wartawan mStar Online, Iqbal bertindak mencampak kesemua wang tunai yang dimilikinya ketika itu dari sebuah beg.

Saya bukan jenis yang suka kikis duit orang, bukan macam tu. Takkan nak tunjuk, oh ini duit aku, nak tabur macam tu? Saya yang beri duit kepada DSV, saya buat duit untuk dia, untuk syarikat dia!

Iqbal menerusi video tersebut.

Dia turut mempersoalkan berapa lama lagi dia perlu bertahan dengan tuduhan liar yang dilontarkan kepadanya.

Saya kena macam ni ke, aku kaya, aku tak nak duit orang. Macam tu, sampai bila saya nak kena buat macam ni (campak duit). Saya bukan orang macam ni, saya pun ada maruah. Nak kahwin harta je ke? Saya geram, tujuh tahun saya simpan perasaan orang tikam saya, cakap saya nak duit. Ini duit saya buat sendiri.

Iqbal menerusi video tersebut.

Tonton video penuh di bawah:

@cikdin_officiall Iqbal campak duit depan wartawan! Nak tunjuk dia pun kaya, tak ‘hadap’ harta Vida#fyp #artismalaysia #trending #foryou #kamisempoi #dsv #datosrivida #ahmadiqbalzulkefli ♬ bunyi asal – 🇲🇾🇹🇭CikDin_Officiall💥💯

Iqbal campak duit, netizen campak…

Susulan tularnya video tersebut di media sosial, netizen dilihat mengeluarkan idea kreatif mereka dengan mengulas semula konten video tersebut.

Jika sebelum ini Iqbal campak duit, tapi netizen guna kreativiti untuk campak benda lain pula.

Anak kucing pun boleh. Kesian kittens, tak tahu pangkal cerita tiba-tiba jadi mangsa keadaan. 😀

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna TikTok @valentine_violet dan kini berjaya meraih lebih 2.8 juta tontonan.

@valentine_violet Ok aku kaya,puas hati kau? #fyp #lucu ♬ original sound – Abey Jak

Aduh, kelakar oi!

Tengok muka anak-anak kucing tu redha je kena tindih. Lepas tu dengan muka tak bersalahnya lari dari belakang.

Comelnya!

Warganet fokus kucing comel

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang fokus terhadap keadaan anak-anak kucing itu. Mana taknya, owner sibuk buat konten TikTok, kucing jadi talent tak berbayar.

Tapi yang pelik, ada yang komen muka lelaki ini sama dengan Iqbal…


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd