Now Reading
PM Jumpa Agong Selepas Mesyuarat Khas Kabinet, Kemungkinan Untuk Letak Jawatan

PM Jumpa Agong Selepas Mesyuarat Khas Kabinet, Kemungkinan Untuk Letak Jawatan

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu itu memberitahu Malaysiakini bahawa Mahiaddin akan meletakkan jawatan hari ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yasin dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini setelah menghadiri mesyuarat khas Kabinet di Putrajaya.

Mesyuarat itu mungkin akan menjadi yang terakhir kali sebelum beliau dijangka mengundurkan diri.

Berdasarkan laporan dari The Star, Ahli Parlimen Pagoh itu akan berada di Istana Negara sekitar jam 11:30 pagi hari ini.

Perletakan jawatan Mahiaddin kecoh?

Seorang pemimpin Bersatu semalam mengesahkan kepada MalaysiaKini bahawa Mahiaddin akan menyerahkan surat peletakan jawatan beliau kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata bahawa perkara itu dimaklumkan oleh Mahiaddin dalam satu mesyuarat baru-baru ini.

Akan ada mesyuarat kabinet khas sebelum Muhyiddin menghadap Agong untuk menyampaikan surat peletakan jawatannya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof melalui MalaysiaKini.

Pada hari Jumaat lalu, beliau memberikan tawaran kerajaan bipartisan kepada semua ahli parlimen termasuk dari pihak kerajaan dan pembangkang untuk bersama menyokong memerangi Covid-19.

Namun, cadangannya ditolak oleh semua parti Pembangkang dan hanya 2 Ahli Parlimen DAP yang secara terbuka menyatakan bahawa ianya harus dipertimbangkan.

BACA SINI: [Terkini] Pilihan Raya Mungkin Diadakan Pada Julai Tahun Depan, Kata PM


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd