[Tips] Mula Menabung Dengan Cara Sempoi Ini. Cukup Setahun, Nampak Hasil!
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Bila sentuh bab kewangan sahaja pasti ramai yang akan mengeluh.
Terutamanya tentang wang simpanan. Tapi perlu diketahui bahawa memiliki simpanan sendiri adalah sesuatu yang amat penting. Lebih-lebih lagi zaman sekarang ini di mana ekonomi dilihat kurang stabil dan kos sara hidup pula semakin meningkat.
Jadi, menyimpanlah selagi boleh. Okay?
Elak penyesalan di kemudian hari.
Jika dilihat di internet, banyak je tips menabung dan menyimpan yang boleh anda praktik. Cumanya yang mana satu anda rasa sesuai dan boleh diikuti.
BACA SINI: Lelaki Ini Beri Tips Berguna Untuk Urus Duit Moratorium. Good One!
Tips sempoi
Kalau nak tips sempoi dalam menabung, boleh ikuti langkah yang kami berikan ini. Paling simple, paling mudah, dan hasilnya pun boleh tahan lumayan juga selepas satu tahun.
Cubalah. 🙂
- Wang kertas RM100
Simpan mengikut bulan genap iaitu = Februari, April, Jun, Ogos, Oktober, Disember. Dalam masa setahun anda boleh kumpul sebanyak RM600.
- Wang kertas RM10
Simpan setiap minggu sebanyak 2 keping. Dalam masa setahun boleh kumpul sebanyak RM1,040.
- Wang kertas RM50
Simpan mengikut bulan ganjil iaitu = Januari, Mac, Mei, Julai, September, November. Dalam masa setahun anda boleh kumpul sebanyak RM300.
- Wang kertas RM5
Simpan setiap minggu sebanyak 2 keping. Dalam masa setahun boleh kumpul sebanyak RM520.
- Wang kertas RM20
Simpan setiap bulan sebanyak 2 keping. Dalam masa setahun boleh kumpul sebanyak RM480.
- Wang kertas RM1
Simpan setiap hari dalam tabung dan boleh mengumpul sebanyak RM366 setahun.
Ha, mudah kan? Tak kompleks dan senang untuk dikira. Yang penting, duit dalam akaun simpanan ada, duit dalam tabung di rumah pun ada.
Selamat mencuba! 🙂
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.