Now Reading
Ibu 3 Anak Minta Bantuan Dari Orang Ramai Untuk Bantu Kos Rawatan Perubatan Bayi Mereka

Ibu 3 Anak Minta Bantuan Dari Orang Ramai Untuk Bantu Kos Rawatan Perubatan Bayi Mereka

Menerusi hantaran di laman Facebook Diela Norain, dia menjelaskan keluarganya mengalami masalah kewangan berikutan kos rawatan kedua-dua anaknya yang agak mahal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bergelar ibu bapa, ia bukanlah satu tanggungjawab yang mudah lebih-lebih lagi ketika anak jatuh sakit.

Diela Norain berusia 40 tahun dan merupakan ibu kepada tiga orang anak baru-baru ini meminta pertolongan di media sosial untuk bayinya berusia lapan bulan bernama Ayden.

Ayden disahkan mempunyai keadaan kesihatan yang serius dikenali sebagai ‘Congenital Diaphragmatic Hernia (CDH)‘.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita ini di laman Facebook miliknya (Diela Norain), keluarga ini mengalami masalah kewangan kerana kos perubatan yang terpaksa ditanggung untuk kedua-dua anak mereka.

Anak perempuannya bernama Heidi berusia tiga tahun pula menghidap Post-Infectious Bronchiolitis Obliterans (PIBO) yang tidak mempunyai penawar.

Tambahnya lagi, Ayden baru sahaja menjalani beberapa prosedur untuk mengetahui punca pernafasannya yang tercungap-cungap dan sekali lagi ujian menimpa mereka apabila bayi ini mengalami masalah kesihatan lain.

Ayden disahkan mengalami kesan dari CDH, Pulmonary Hypoplasia, Laryngomalacia dan kecacatan kelahiran.

Dia menjelaskan bahawa Pulmonary Hypoplasia adalah keadaan di mana saiz paru-paru kecil yang tidak normal dan tidak mempunyai tisu serta aliran darah yang mencukupi untuk membolehkan bayi bernafas dengan sendiri.

Sementara itu, doktor memberitahu kepada Diela dan suaminya bahawa kecacatan kelahiran yang dialami oleh anak lelakinya itu daripada masalah yang dikenali sebagai Laryngomalacia akan menyebabkan penghasilan bunyi bernada tinggi (high pitch) ketika bernafas.

Keadaan lebih mengeruhkan lagi apabila Ayden mengalami semua gejala buruk yang berlaku berpunca dari pelbagai penyakit dihidapinya.

Diela memberitahu kepada The Rakyat Post bahawa dia kini sedang meminta bantuan daripada orang ramai kerana dia dan suaminya tidak mampu lagi untuk membayar bil rawatan anak-anak mereka.

Rawatan adalah mahal dan ia berterusan. Doktor juga menjelaskan kepada kami bahwa rawatan ini perlu dilakukan untuk jangka masa panjang. Saya tidak mengharapkan jumlah tertentu tetapi apa-apa jumlah yang diberikan sudah cukup untuk ‘mengangkat’ beban di bahu kami ini.

Diela Norain.

Tambahnya lagi, Ayden ini memerlukan mesin tekanan saluran udara positif secara berterusan untuk membantunya bernafasan dan ia menelan belanja sebanyak RM7,000 sehingga RM9,000.

Ini tidak termasuk kos tambahan lain yang saya dan suami perlu bayar untuk anak perempuan kami juga. Saya menghubungi anda pada hari ini untuk merayu secara ikhlas bagi mendapatkan bantuan. Kos perbelanjaan perubatan adalah sangat besar, dan kami sedang bergelut untuk menampung keperluan hidup. Sebarang bantuan yang anda boleh berikan, tidak kira sekecil mana pun, ia amat dihargai. Kami minta maaf sangat-sangat. Ini sahaja cara yang kami boleh fikir.

Diela Norain.

Sekiranya anda ingin memberi sumbangan kepada Diela dan keluarganya bagi meringankan beban mereka, anda boleh berbuat demikian di:

Akaun Bank : 7063577218 (CIMB)
Nama : Noor Fadzillah Binti Mohd Norain.

Kebaikan pastinya memberi makna yang cukup besar kepada mereka.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd