Now Reading
Pemandu Bas Tular Main Telefon Ketika Memandu Miliki 13 Saman

Pemandu Bas Tular Main Telefon Ketika Memandu Miliki 13 Saman

Pihak JPJ memaklumkan hasil siasatan mendapati pemandu tersebut membawa bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


“Eyes on the road,” adalah frasa yang sering diungkapkan ketika seseorang itu memandu di atas jalan raya.

Peraturan itu adalah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku sekiranya pemandu tidak fokus kepada pemanduan, malah mata lebih fokus kepada sesuatu yang dipegang ataupun ditonton ketika memandu.

Hanya dalam masa kurang sesaat pun boleh ‘sondol’ kereta depan. Bahaya!


Pemandu Bas Main Telefon Ketika Memandu

Walau bagaimanapun, masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab di mana peraturan tersebut diabaikan sahaja seolah-olah tidak penting buat mereka serta keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini, satu klip video telah tular menerusi Twitter yang dimuat naik oleh Irwan Fahmi Ideris, di mana menunjukkan dengan jelas seorang pemandu bas secara terang-terangan menggunakan telefon bimbit ketika sedang memandu bas.

Sudahlah membawa penumpang yang ramai di dalam bas, kenderaan berat tersebut juga dilihat berada di lorong tengah di mana kiri dan kanan terdapat pengguna jalan raya yang lain juga.

Menerusi klip video berdurasi 0:21 saat itu memperlihatkan pemandu bas yang memakai baju jenis t-shirt berwarna biru, berseluar jeans, dan kasut merah tidak memberikan perhatian sepenuhnya kepada pemanduan, malah bermain dengan telefon tanpa segan silu.


Pemandu Bas Main Telefon Sambil Memandu Miliki 13 Saman

Semalam (2 April), satu laporan telah dikeluarkan menyatakan bahawa pemandu bas tersebut didapati memiliki 13 saman berkaitan dengan kesalahan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim berkata, ia adalah termasuk satu saman yang baharu dikeluarkan atas kesalahan memandu menggunakan telefon bimbit yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil terhadap pemandu tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim.

Zailani dalam masa sama turut menjelaskan bahawa JPJ melalui Unit Pemeriksaan & Kawalan Kenderaan Perdagangan (UPKKP), Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Pulau Pinang telahpun mengambil tindakan segera dengan mengeluarkan notis saman terhadap pemandu bas tersebut.

Pemandu berkenaan telah melakukan kesalahan kerana menggunakan telefon bimbit, semasa memandu dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Ipoh.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim.

Mengulas lanjut, pihak JPJ memaklumkan hasil siasatan mendapati pemandu tersebut membawa bas milik sebuah syarikat yang beroperasi di Butterworth, Pulau Pinang.

JPJ ingin menegaskan bahawa tindakan memandu sambil menggunakan telefon bimbit merupakan kesalahan serius dan berbahaya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan jalan raya. Manakala pihak syarikat juga perlu memantau rapi pemandu kenderaan masing-masing supaya lebih berhemah dan beretika ketika memandu, supaya perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang demi keselamatan penumpang bas ekspres dan pengguna jalan raya lain.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia Datuk Zailani Hashim.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Suhaily Mohd Zain berkata, pemandu bas berkenaan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah bagi membantu siasatan dan memberikan keterengan berhubung kejadian tular itu.


Cara Buat Laporan Kesalahan Jalan Raya Menerusi Aplikasi MyJPJ.

Umum sedia maklum bahawa aplikasi MyJPJ menjadi hub buat pengguna untuk menyemak maklumat lesen pemanduan, saman-saman yang diterima, dan sebagainya.

Malah, salah satu ciri menarik yang menjadi perhatian ramai adalah e-Aduan di mana salah laku pengguna jalan raya boleh dilaporkan menerusi aplikasi MyJPJ.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ.
  2. Pada bahagian menu utama, skrol ke bawah dan pilih e-Aduan@JPJ di bawah Perkhidmatan Umum.
  3. Pilih aduan yang berkaitan dalam Senarai Aduan. Setakat ini, terdapat sembilan kategori aduan yang boleh dilakukan yang merangkumi gagal mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan sebagainya.
  4. Isi butiran aduan yang diperlukan termasuklah gambar atau video mahupun pautan video, tarikh dan masa kejadian, nombor kenderaan, nombor telefon, negeri dan keterangan ringkas berkenaan aduan yang dibuat.
  5. Selepas selesai mengisi butiran yang diperlukan dan tekan Hantar. Anda juga boleh menyimpan draf aduan jika perlu dan dihantar kemudian apabila sudah diisi lengkap.

Mudah sahaja, bukan?

Ikuti tutorial di atas sekiranya anda terlihat pengguna jalan raya yang melanggar etika memandu ataupun memandu secara merbahaya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd