Now Reading
Hari Arafah: Dosa Diampun, Pintu Langit Dibuka & Pelepasan Dari Api Neraka. Jangan Lupa Niat Puasa Hari Arafah!

Hari Arafah: Dosa Diampun, Pintu Langit Dibuka & Pelepasan Dari Api Neraka. Jangan Lupa Niat Puasa Hari Arafah!

Tarikh Hari Arafah akan jatuh pada 9 Zulhijjah (28 Jun 2023).

hari arafah 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Umum sedia maklum, Hari Arafah jatuh pada 9 Zulhijjah (28 Jun 2023) yang mana jemaah haji akan berwukuf di Padang Arafah. Dan pada hari itu juga, pintu langit akan terbuka luas dan dosa-dosa setiap umat Islam juga akan diampunkan.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara kelebihan-kelebihan Hari Arafah adalah seperti berikut:

  • Hari Arafah adalah rukun daripada haji.
  • Hari Arafah adalah hari di mana agama Islam telah sempurna.
  • Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam.
  • Hari Arafah adalah hari penyaksian.
  • Hari Arafah memiliki kebesaran berdoa pada hari tersebut.
  • Berpuasa pada hari Arafah juga boleh menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepas.
  • Hari Arafah adalah hari keampunan dan pelepasan dari api neraka.

Kesimpulannya, Hari Arafah merupakan satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah. Oleh yang demikian, sebagai umat Islam, kita haruslah merebut peluang serta kesempatan ini agar tidak termasuk dalam kalangan yang rugi.


Apa Yang Boleh Anda Lakukan Ketika Hari Arafah?

Tarikh 10 Zulhijjah (29 Jun 2023) merupakan Hari Raya Aildiladha yang bakal diisi dengan takbir, Solat Sunat Aidiladha, Ibadah Kurban, dan sebagainya.

Oleh itu, sebagai umat Islam yang taat dan beriman, anda boleh mencuba yang terbaik untuk mengisi satu hari terakhir bulan Zulhijjah ini dengan beberapa amalan sunnah. Contohnya seperti:

  • Berpuasa pada 1 hingga 7 Zulhijjah.
  • Berpuasa Tarwiyah pada 8 Zulhijjah.
  • Berpuasa Arafah pada 9 Zulhijjah.
  • Membaca al-Quran.
  • Perbanyakkan berdoa ke hadrat Ilahi.
  • Perbanyakkan istighfar.
  • Bersedekah.
  • Menghadiri majlis ilmu.
  • Amar makruf nahi mungkar.

Berikut merupakan sebahagian amalan yang disarankan untuk dilipat ganda serta diperbanyakkan menjelang tibanya Hari Arafah. Jangan dibiarkan hari-hari istimewa yang diberikan oleh Allah SWT berlalu begitu sahaja tanpa direbut segala kelebihan-kelebihannya.

Pendek kata; ini adalah peluang keemasan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT serta mengangkat darjat di sisiNya.

InsyaAllah.


Niat Puasa Arafah Pada 9 Zulhijjah (28 Jun 2023)

Jangan lupa untuk set kalendar berpuasa pada Hari Arafah. Rugi kalau terlepas.

Berikut merupakan niat puasa Arafah yang boleh dibaca pada malam ini:

نَوَيْتُ صَوْمَ عَرَفَةَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa Arafah, sunat kerana Allah ta’ala.”

Berdasarkan hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku berharap kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun selepasnya.” Riwayat Muslim (1162).

Imam al-Nawawi turut menjelaskan makna hadis di atas dosa-dosa orang yang berpuasa pada Hari Arafah akan diampunkan untuk dua (2) tahun.

Manakala menurut para ulama, dosa yang dimaksudkan itu adalah dosa kecil. Dan sekiranya mereka yang berpuasa itu tidak mempunyai dosa-dosa kecil maka akan diberikan keringanan bagi dosa-dosa besar yang pernah dilakukan. Jika tiada dosa-dosa besar maka akan diangkat darjatnya.

BACA JUGA: Keliru Dengan Tarikh Puasa Arafah Di Arab Saudi? Ini Penjelasan Dr Zulkifli


Jangan lupa untuk mengangkat tangan dan berdoalah apa sahaja yang terpahat di dada pada Hari Arafah nanti, okay?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd