Now Reading
Jotun Jotashield Infinity Tampil Sebagai Cat Eksterior Premium

Jotun Jotashield Infinity Tampil Sebagai Cat Eksterior Premium

Formula Jotun Jotashield Infinity terbukti lebih unggul dan paling cemerlang dalam melindungi kediaman daripada cuaca ekstrem yang unik bagi rantau Asia Tenggara.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jotun Malaysia mengumumkan produk rintisnya yang terbaharu, Jotun Jotashield Infinity.

Berlatarkan pesaing-pesaing lain dalam kategori cat eksterior bertaraf premium, Jotashield Infinity telah melalui pelbagai ujian terperinci berbanding cat-cat eksterior premium keluaran pesaing, dan telah diperakui sebagai cat terunggul oleh makmal-makmal bebas yang bereputasi.

Jotashield Infinity

Jotun Jotashield Infinity berdiri teguh dengan perakuan Perlindungan Terbaik Terbukti** untuk kediaman Asia Tenggara.

Formula Jotun Jotashield Infinity lebih unggul terbukti merupakan paling cemerlang dalam melindungi kediaman daripada cuaca ekstrem yang unik bagi rantau Asia Tenggara, justeru ideal bagi pemilik rumah.

#1. Daya Tahan Terbukti

Jotashield Infinity membawakan formulasi lebih unggul, membuatkan ia sesuai bagi cuaca tropika, memenuhi standard dalam keupayaannya untuk mengharungi haba serta taburan hujan yang tinggi dan berfungsi sebagai benteng pertahanan yang kuat bagi kediaman anda.

Menerusi beberapa ujian yang berlangsung selama 12 bulan, Jotashield Infinity telah menunjukkan prestasi lebih baik berbanding pesaing-pesaing premium yang lain dalam memelihara kualiti warna pada dinding. 

Jotashield Infinity telah melalui Ujian Cuaca Luar Florida (Florida Outdoor Weathering Test). Ujian yang terperinci ini mendedahkan panel yang dicat dengan Jotashield Infinity serta jenama-jenama cat premium keluaran pesaing lain terhadap sinaran matahari, hujan, dan kelembapan negeri Florida di Amerika Syarikat.

Untuk makluman anda, Florida dengan konsistennya merekodkan antara angka pendedahan UV tertinggi, dan pendedahan selama setahun kepada iklim Florida adalah umpama berbilang tahun di kawasan-kawasan lain serata dunia.

#2. Prestasi Warna Terbukti

Jotashield Infinity mempunyai jangka hayat warna terbaik berbanding jenama-jenama cat premium terkemuka lain, selepas melalui ujian bagi kualiti warna. Ia memastikan dinding eksterior mampu mengekalkan warna dan keseriannya untuk jangka panjang, agar pengguna dapat memiliki kediaman yang sentiasa kelihatan indah, dek hujan mahupun panas.

#3. Rintangan Kotoran Terbukti

Jotashield Infinity didapati memiliki daya rintangan tertinggi terhadap habuk dan kesan kotoran daripada pencemaran, mempamerkan keupayaannya dalam memelihara kecantikan kediaman anda.

Malah, Jotashield Infinity juga mengatasi produk-produk yang lain dalam semua kategori – membuktikan statusnya sebagai cat eksterior premium terbaik di Asia Tenggara.

“Jotun teruja untuk mengumumkan inovasinya terbaharu, Jotashield Infinity. Cat eksterior bertaraf premium ini telah dibuktikan oleh pakar sebagai solusi bagi pemilik kediaman yang memahukan daya tahan, warna berkekalan, serta perlindungan tiada bandingan daripada cuaca Malaysia yang agak mencabar.

“Digandingkan dengan komitmen berpanjangan kami untuk membawakan inovasi yang lebih berkualiti dan canggih, Jotashield Infinity merupakan sebuah kemuncak dalam teknologi cat eksterior untuk pasaran, memastikan para pelanggan dan rakan kongsi kita akan merasai ketenangan dan keyakinan yang terjamin,” jelas Heng Ke Wei selaku Pengurus Pemasaran Jotun Malaysia & Singapura.


Jadi Pilihan Utama

Dalam sebuah kajian melibatkan pemilik rumah dan tukang cat di rantau Asia Tenggara, Jotashield Infinity didapati dengan konsisten menjadi cat pilihan utama.

Kajian tersebut yang melibatkan lebih 400 peserta merentasi rantau ini, terdiri daripada beberapa siri ujian buta (blind test) untuk membuat perbandingan antara jenama-jenama cat eksterior premium.

Justeru kenyataan ini dengan selesanya membuktikan kedudukan Jotashield Infinity sebagai jenama cat eksterior menjadi pilihan terutama para pengguna di Asia Tenggara.


Jotun

Jenama Jotun Jotashield telah melindungi kediaman para pengguna di Asia Tenggara sejak tahun 1985.

Pusat Penyelidikan & Pembangunan khas terletak di rantau ini dengan konsisten memahat tanda aras baharu bagi aspek daya tahan dan juga estetika.

Menerusi kerjasama dengan Pusat Penyelidikan & Pembangunan Jotun di Norway, Jotashield dipastikan terus melambangkan kualiti, reliabiliti, dan keyakinan buat para pengguna.

Untuk maklumat lanjut, klik terus di JOTUN.

*Berdasarkan laporan & penyelidikan ujian eksternal melibatkan lebih daripada 400 pemilik rumah dan tukang cat merentasi Asia Tenggara.

**Perlindungan Terbaik Terbukti Jotun telah diuji & dan diperakui oleh makmal ujian bertaraf bebas, serta para pemilik rumah dan tukang cat di rantau ini.

#JotashieldInfinity #JotunBestExteriorPaint #JotunProvenBes #MostPreferredExteriorPaint #InfinitelyBetter


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd