Now Reading
% ARABICA Buka 2 Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur

% ARABICA Buka 2 Cawangan Baharu Di Kuala Lumpur

% ΔRΔBICΔ telah mengumumkan pembukaan cawangan di The Exchange TRX dan juga Pavilion Damansara Heights.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rangkaian kedai kopi terkemuka global dari Jepun, %ΔRΔBICΔ, terus melebarkan sayapnya di Malaysia dengan membuka dua lagi cawangan baharu di dua lokasi tumpuan di Kuala Lumpur.

Kedua-dua kedai terbaharu %ΔRΔBICΔ menjanjikan pengalaman baharu dalam menikmati kopi buat para pelanggannya. Reka bentuk terkini kedai-kedai ini menggabungkan keunggulan seni bina dan sentuhan budaya yang unik. 

%ΔRΔBICΔ Tampil Dengan 2 Cawangan Baharu Di Bandar KL

Salah satu cawangan baharu %ΔRΔBICΔ terletak di TRX, mencerminkan langkah mereka untuk mengukuhkan kehadiran di tengah-tengah segitiga emas Kuala Lumpur yang berkembang pesat. Kedai ini dibina dengan kerjasama syarikat rekaan dalaman ternama dari Tokyo, iaitu ‘studio no.10’.

Dengan keluasan 565 kaki persegi, kedai ini mengusung konsep “makmal silinder” melambangkan semangat dinamik bandaraya. Antara ciri menariknya adalah kaunter bulat diserikan dengan lampu gantung berbentuk Chemex.

Dengan pemandangan 360° darjah menakjubkan, para pelanggan berkesempatan menikmati keindahan seni pembuatan kopi sambil menghirup kopi kegemaran dari tempat duduk masing-masing.


%ΔRΔBICΔ Di Pavilion Damansara Heights

Pavilion Damansara Heights merupakan destinasi gaya hidup premium yang menetapkan standard untuk pengalaman makanan luar biasa, peruncitan kontemporari, dan indulgensi rekreasi.

Terletak di pusat alamat paling prestij Malaysia, Pavilion Damansara Heights merupakan pembangunan bersepadu seluas 16 ekar merangkumi Luxury Residences, Corporate Offices, dan Lifestyle Mall.

%ΔRΔBICΔ Pavilion Damansara Heights.
%ΔRΔBICΔ Pavilion Damansara Heights.

Ia adalah sebuah karya seni yang sedang dibentuk, mengubah siluet Kuala Lumpur.

Kedai %ΔRΔBICΔ yang terletak di Pavilion Damansara Heights juga memancarkan keunikan. Dengan kerjasama syarikat reka bentuk tersohor dari Perancis, ARCHIEE, kedai seluas 1,200 kaki persegi ini menggabungkan kekayaan warisan budaya Malaysia dengan inspirasi dari bentuk ikonik Batu Caves.

%ΔRΔBICΔ Pavilion Damansara Heights.
%ΔRΔBICΔ Pavilion Damansara Heights.

Muka bangunan kaca tinggi dan reka bentuk dalaman yang teliti mencipta suasana memukau. Dari kaunter pengeluaran kopi yang bertingkat hingga reka bentuk seni bina terperinci, setiap ruang di kedai ini menyatukan elemen warisan dan inovasi dengan indahnya.

“Kami teruja untuk memperkenalkan dua kedai baharu dengan reka bentuk yang luar biasa ke pasaran Malaysia. Setiap satu cawangan tersebut mencerminkan semangat kami untuk memperkaya pengalaman menikmati kopi dan pada masa sama memberi penghormatan kepada kepelbagaian kebudayaan di Malaysia.

“Kami mengalu-alukan kunjungan orang ramai ke kedai baharu kami di TRX dan Pavilion Damansara Heights untuk kami kongsikan minat mendalam kami terhadap kopi luar biasa,” jelas Chong Hock Soon selaku Ketua Operasi ΔRΔBICΔ Malaysia.


Menu Baharu Di %ΔRΔBICΔ

Kedai-kedai % ΔRΔBICΔ pasti akan menjadi tempat yang menarik untuk para pencinta kopi dan peminat seni reka bentuk. Dengan tambahan menu baharu iaitu % White Mocha, minuman yang menggabungkan rasa Coklat Putih Eropah dan Adunan Espresso % ΔRΔBICΔ padu, pelanggan pasti akan teruja!

%ΔRΔBICΔ Pavilion Damansara Heights.

Untuk info, pembukaan rasmi kedua-dua cawangan baharu ini adalah seperti berikut:

  • The Exchange, TRX: 20 April 2024
  • Pavilion Damansara Heights: 23 April 2024
%ΔRΔBICΔ Pavilion Damansara Heights.

Untuk maklumat lanjut tentang % ΔRΔBICΔ dan pembukaan dua cawangan terbaharu ini, anda boleh terus layari arabica.coffee atau ikuti akaun Instagram @arabica.malaysia.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd