Now Reading
Goodyear Shah Alam Bakal Labuhkan Tirai Perkilangan Di Malaysia

Goodyear Shah Alam Bakal Labuhkan Tirai Perkilangan Di Malaysia

Dalam pada Goodyear bersiap sedia untuk menutup kilang ikoniknya di Shah Alam, negara kini menunjukkan perubahan landskap industri pembuatan dan cabaran-cabaran pada masa akan datang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menerusi satu kenyataan syarikat perkilangan tayar Goodyear, syarikat itu telah mengumumkan rancangan mereka untuk menutup kilang di Shah Alam mulai 30 Jun ini. Penamatan operasi sepenuhnya pula dijangka bermula menjelang akhir tahun.

Seperti yang dijelaskan Presiden Goodyear Asia Pasifik Nathaniel Madarang, keputusan itu adalah sebahagian daripada program transformatif ‘Goodyear Forward’, bertujuan untuk mengoptimumkan operasi dan menyumbang kepada sasaran mengurangkan kos tahunan sebanyak AS$1 bilion (RM4.7 bilion).


Tayar Akan Diimport Dari Negara Luar

Penutupan kilang berlokasi di Shah Alam sejak 1972 itu memberi kesan kepada 550 pekerja yang telah menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.

Sejarah Goodyear di Malaysia bermula sejak 1929 apabila ia mula menjejakkan kaki di Tanah Melayu sekaligus berkhidmat sebagai pembekal tayar untuk kereta pertama negara, Proton Saga pada 1985.

Goodyear Malaysia dalam masa sama memberi jaminan kepada pelanggan setia bahawa ia akan terus berada di pasaran tempatan menggunakan tayar yang diimport dari kilangnya di Thailand, Indonesia, China dan Taiwan.

Sumber: Tayar Goodyear

Namun begitu, penutupan kilang Shah Alam tersebut masih menimbulkan kebimbangan terhadap masa depan pembuatan tayar di negara ini.

Untuk makluman, kilang terbabit adalah antara yang terawal beroperasi sekitar Shah Alam. Bagaimanapun operasi telah mula dikurangkan sedikit demi sedikit sejak beberapa tahun lalu dan bergantung kepada import daripada kemudahan luar negara.


Kilang Lain Di Malaysia Yang Sudah Ditutup

Penutupan Goodyear bukanlah satu insiden yang jarang berlaku tetapi sebahagian daripada trend besar penutupan kilang-kilang utama di Malaysia. Antaranya:

  • Sony: Pada tahun 2020, Sony menutup kilang peranti audionya di Pulau Pinang yang telah beroperasi lebih dari 30 tahun. Syarikat itu mengalihkan pengeluarannya ke Thailand dan China.
  • Panasonic: Dua jabatan pembuatan produk telah ditutup pada tahun 2023 disebabkan oleh usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.
  • Seagate: Sekitar 2017, Seagate Technology iaitu pengeluar pemacu cakera keras terkemuka menutup kilangnya di Pulau Pinang sehingga mengakibatkan lebih 3,000 pekerja diberhentikan. Syarikat berkenaan memindahkan pengeluarannya ke Thailand, lapor The Edge Market.
  • Western Digital: Pada 2018 satu lagi pengeluar pemacu cakera keras utama Western Digital, menutup kilangnya di Petaling Jaya. Ia menjejaskan kira-kira 400 pekerja. Syarikat tersebut menyatukan operasinya di Thailand.

Latih Semula & Sesuaikan Diri Dengan Landskap Perkilangan Baru

Peningkatan kos, persaingan dari negara jiran, dan peralihan dalam rantaian bekalan global telah menyumbang kepada fenomena kilang yang sering kali tutup.

Memandangkan banyak syarikat menilai semula operasi mereka dan mencari alternatif kepada kos yang lebih efektif, landskap pembuatan di Malaysia terjejas dan menghadapi cabaran yang ketara.

Namun begitu, kerajaan Malaysia telah melaksanakan dasar dan insentif secara proaktif bagi menarik dan mengekalkan pelaburan asing dalam sektor pembuatan.

Inisiatif seperti dasar Industry4WRD bertujuan memacu penggunaan teknologi termaju dan menggalakkan inovasi bagi meletakkan Malaysia sebagai destinasi daya saing untuk pembuatan bernilai tinggi (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, 2021).


Industri Pembuatan Sentiasa Berubah Ikut Peredaran Zaman

Penutupan kilang Goodyear ini adalah peringatan terhadap sifat industri pembuatan yang sentiasa berubah mengikut peredaran sama. Walaupun ia menandakan berakhirnya era Goodyear di Malaysia, ia juga menunjukkan refleksi, penyesuaian dan pertumbuhan industri tersebut.

Ia memberi peluang kepada pekerja yang terkesan untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran selain menyelaraskan diri mereka dengan permintaan industri yang semakin berkembang.

Sumber: Yahoo News

Dengan kerjasama rakan kongsi industri, kerajaan telah menawarkan program latihan dan sokongan untuk membantu pekerja beralih kepada peranan baharu dalam sektor pembuatan atau meneroka peluang dalam industri lain yang semakin maju.


Semua Pihak Perlu Lebih Berinovasi

Ketika Malaysia mengharungi tempoh yang mencabar ini, adalah penting bagi semua pihak berkepentingan termasuklah kerajaan, industri dan tenaga kerja untuk menyesuaikan diri dan berinovasi.

Hal ini boleh dilakukan dengan menerima teknologi baharu, memupuk tenaga buruh mahir dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif. Melalui cara itu Malaysia boleh mengharungi segala rintangan dan muncul sebagai hab pembuatan yang berdaya tahan dan berdaya saing di rantau ini.

Dalam pada negara mengucapkan selamat tinggal kepada simbol ikonik warisan perindustriannya (kilang Goodyear), semua pihak perlu melangkah ke hadapan dengan keazaman dan keyakinan serta bersedia untuk menerima peluang lain pada masa akan datang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd