Now Reading
Ibu Simbah Air Panas Pada Anak Gara-gara Guna Data Internet Sampai Habis

Ibu Simbah Air Panas Pada Anak Gara-gara Guna Data Internet Sampai Habis

Tertuduh walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan menyimbah air panas ke anaknya dibacakan di hadapan hakim mahkamah.

ibu simbah air panas sebab data internet telefon habis (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kemarahan yang membuak-buak sehingga tidak dapat dikawal telah menyebabkan seorang wanita bertindak kejam terhadap anak lelakinya berusia 13 tahun.

Wanita berkenaan berusia 37 tahun telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka semalam (26 September) atas pertuduhan menyimbah air panas pada anaknya sehingga parah.

Kejadian itu telah berlaku di sebuah rumah di Sungai Udang kira-kira jam 2:56 pagi pada 27 Jun 2022.


Data Internet Habis Punca Ibu Dipercayai Sanggup Simbah Air Panas Pada Anak

Memetik sumber Sinar Harian, tertuduh dipercayai berbuat demikian kerana berang dengan mangsa yang telah menghabiskan data Internet di telefon bimbit miliknya.

Tertuduh walau bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabril Ismail.

Oleh kerana mangsa dan tertuduh tinggal di tempat yang sama, Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar membuat permohonan agar pihak mahkamah tidak membenarkan jaminan kepada tertuduh.

Sumber: Sinar Harian

Buat masa ini, tertuduh juga tidak membuat sebarang rayuan untuk jaminan serta tidak diwakili oleh mana-mana peguam.

Jika disabitkan kesalahan, wanita berkenaan boleh diperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 326 A Kanun Keseksaan.

Kes ini akan disebut semula pada 26 Oktober depan.


Rakan Kepada Mangsa Bongkar Tindakan Kejam Oleh Si Ibu

Tindakan kejam wanita berkenaan yang didakwa sering memukul anaknya mula terbongkar selepas rakan kepada mangsa terlihat kesan luka yang menyebabkan kotoran pada baju sekolah milik mangsa.

Bimbang dengan keadaan yang berlaku, remaja terbabit telah memberitahu kepada ibunya sebelum mereka mengambil keputusan untuk melaporkannya kepada pihak polis.


Anak Adalah Amanah Yang Dikurniakan Oleh Allah SWT

Anak adalah kurniaan yang paling berharga dari Allah SWT.

Bukan semua individu berpeluang untuk menimang cahaya mata kerana berlaku kekangan dari segi faktor kesihatan dan juga kewangan.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Jadi kepada anda yang diberi nikmat untuk membesarkan anak-anak, hargai dan jagalah mereka dengan sebaik mungkin seperti mana yang disebut dalam Surah At-Tahrim ayat ke-6:

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا قُوْٓا اَنْفُسَكُمْ وَاَهْلِيْكُمْ نَارًا وَّقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلٰۤىِٕكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُوْنَ اللّٰهَ مَآ اَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Berdasarkan ayat ke-74 dari Surah Al-Furqan, Allah SWT turut memberi gelaran orang Islam yang beriman itu adalah mereka yang menjaga zuriat dengan baik.

وَالَّذِيْنَ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا

Maksudnya: Dan orang-orang yang berkata, “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”

Justeru, jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab dalam menjaga serta mendidik anak-anak.

Sumber: Sinar Harian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd