“Saraf Mata Dia Tak Berfungsi Sebab Tu Jadi Jatuh” – Nurulhidayah Perjelas Apa Sebenarnya Terjadi Kepada Zahid Hamidi
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mulai menjadi topik perbualan hangat apabila tampil berkaca mata hitam bagi merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 pada 26 Jun lalu.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!
Sejak kebelakangan ini, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah menjadi topik hangat yang diperbahaskan oleh warganet. Ia kerana penampilan Ahmad Zahid dikatakan agak pelik apabila kondisi mata Presiden UMNO itu dilihat lebam dan jatuh.
Peka dengan persoalan orang ramai, anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Nurulhidayah semalam (4 Julai) telah tampil perjelas punca sebenar tentang keadaan mata bapanya itu.

Menurut Nurulhidayah, Ahmad Zahid kini sedang dalam proses pemulihan setelah menjalani pembedahan mata. Dia menerusi ruangan komen di Instagram miliknya memberitahu bahawa bapanya terpaksa melakukan pembedahan oleh kerana saraf pada bahagian mata tidak berfungsi.
Iya… saraf mata dia tak berfungsi. Itu mata dia jadi (kelihatan) jatuh. Buat muka untuk apa, bukan ‘superstar’ pun. Kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu. Tetapi biasa lah orang lagi seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar.
Anak sulung kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah.

“Jadi Orang Politik & Pekerja Kerajaan Mana Boleh Cuti Lama-lama” – Nurulhidayah
Mengulas lanjut, Nurulhidayah ketika membalas komen pengguna Instagram turut menyatakan bahawa bapanya yang juga seorang ahli politik dan menggalas tanggungjawab besar dalam pentadbiran kerajaan bagaimanapun tidak mengambil cuti lama setelah menjalani pembedahan.
Sebelum ini Ahmad Zahid difahamkan telah bercuti selama dua (2) minggu.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mulai menjadi topik perbualan hangat apabila tampil berkaca mata hitam bagi merasmikan Persidangan Pertubuhan Akademi Kebangsaan Biro Siasatan Persekutuan (FBINAA) Asia Pasifik ke-23 di ibu negara pada 26 Jun lepas.
Namun, beberapa hari selepas itu Ahmad Zahid dilihat tidak lagi mengenakan kaca mata hitam, lalu menampakkan keadaan matanya yang lebam.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.