Now Reading
Kerajaan Panjangkan Cuti Bersalin Selama 98 Hari Kepada Ibu Baru Bersalin

Kerajaan Panjangkan Cuti Bersalin Selama 98 Hari Kepada Ibu Baru Bersalin

Cuti paterniti juga akan diberikan selama tujuh hari kepada pekerja lelaki bagi menguruskan isteri dan bayi mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, kerajaan mengumumkan tempoh cuti bersalin bagi ibu yang baru melahirkan dilanjutkan dari 60 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti bagi bapa pula dipanjangkan selama tujuh hari.

Lanjutan ini diberikan ketika Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan selepas mendapat sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Sumber: Pa&Ma

Pindaan tersebut dilakukan bertujuan untuk memberi ruang kepada pekerja lelaki untuk menguruskan isteri dan bayi yang baru dilahirkan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berpendapat cuti paterniti ini amat penting bagi menenangkan emosi isteri yang masih penat dan belum stabil serta menguruskan pendaftaran anak.

Cadangan ini selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang mengutamakan konsep keluarga.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Syarat cuti paterniti

Antara syarat yang dikenakan sebelum seseorang pekerja itu diluluskan bagi mendapat cuti paterniti adalah seperti berikut:

  • Sudah berkahwin.
  • Bekerja 12 bulan dengan majikan yang sama.
  • Memaklumkan kepada majikan 30 hari sebelum isteri bersalin.

Awang Hisham turut menjelaskan bahawa cuti tersebut boleh diambil bermula dari hari isteri bersalin.

Bukan itu sahaja, cuti paterniti itu juga diberikan kepada pekerja lelaki yang mempunyai lebih dari satu isteri.

Majikan tidak lagi boleh pecat pekerja hamil

Berdasarkan Akta Kerja 1955 yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam (21 Mac), majikan kini tidak dibenarkan untuk memecat pekerja yang hamil.

Pindaan tersebut juga membenarkan pekerja untuk memohon pengaturan kerja yang fleksibel bergantung kepada jenis tempat kerja dan waktu bekerja.

Sumber: theAsianparent Malaysia

Majikan turut digalakkan untuk memaparkan maklumat bagi meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual di tempat kerja.

Di bawah Seksyen 90B, mana-mana majikan yang mengancam, memperdaya atau memaksa pekerja melakukan apa-apa jenis kerja atau menghalang pekerja mereka daripada meninggalkan tempat kerja mereka kini boleh didakwa.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) turut membahaskan tentang cadangan untuk melanjutkan cuti edah dari tempoh tiga hari kepada 30 hari kepada isteri yang kehilangan suami.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd