Now Reading
Had Kehadiran Individu Di Parlimen Akan Diteliti – Timbalan Speaker

Had Kehadiran Individu Di Parlimen Akan Diteliti – Timbalan Speaker

Ini kerana sehingga 8 Ogos, sebanyak 88 kes positif Covid-19 telah dikesan melibatkan individu yang menghadiri sidang khas itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Menurut Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon, jumlah kapasiti individu termasuk bilangan Ahli Parlimen untuk menghadiri Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen ke-14 yang dijadualkan bermula 6 September nanti akan diteliti semula.

Ini bagi memastikan kelancaran persidangan Parlimen serta mengelakkan kejadian penularan virus Covid-19 daripada berlaku seperti yang telah terjadi pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat pada hujung bulan lalu.

Memetik laporan yang dikeluarkan oleh Bernama, Jawatankuasa Dewan Rakyat akan berbincang dengan ketua-ketua whip parti kerajaan dan pembangkang dalam tempoh terdekat ini berdasarkan nasihat yang bakal dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Seperti sebelum ini, Jawatankuasa Dewan Rakyat akan panggil semua ketua-ketua whip daripada parti kerajaan dan pembangkang untuk berbincang. Belajar daripada apa yang berlaku pada sidang khas Dewan Rakyat baru-baru ini, kita perlukan langkah pencegahan.

Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon melalui Bernama.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga hanya berlangsung selama 3 setengah hari yang sepatutnya berlangsung selama 5 hari – bermula dari 26 hingga 29 Julai dan pada 2 Ogos.

Namun, ianya dihentikan kerana tercetusnya penularan virus Covid-19 dan pada 8 Ogos- sebanyak 88 kes positif telah dikaitkan dengan Parlimen, termasuk satu kematian.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd