Now Reading
US Maksudnya ‘Kita’ – Owner US Pizza Cawangan Prima Saujana Perjelas Makna Di Sebalik Nama Branding

US Maksudnya ‘Kita’ – Owner US Pizza Cawangan Prima Saujana Perjelas Makna Di Sebalik Nama Branding

Menurut Dr Mohd Sobree Ali cawangan US Pizza di Taman Prima Saujana Kajang, Selangor merupakan perniagaan milik Muslim.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, sebuah cawangan US Pizza di Prima Saujana, Kajang telah memaklumkan bahawa nama jenama tersebut iaitu ‘US’ membawa maksud ‘Kita’ di dalam Bahasa Melayu.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pemilik cawangan iaitu Dr Mohd Sobree Ali menerusi satu kenyataan rasmi.

Perjelas US Pizza adalah syarikat tempatan

Malah dia di dalam kenyataan itu turut memaklumkan bahawa restoran makanan tersebut adalah syarikat tempatan.

“Kami ingin memaklumkan US Pizza, merujuk kepada perkataan ‘US’ (bermaksud Kita dalam Bahasa Melayu). Ia merupakan perniagaan syarikat tempatan.

“Untuk kami US Pizza outlet di Taman Prima Saujana Kajang, Selangor merupakan perniagaan milik Muslim.

“Syarikat ini milik kepunyaan saya dan keluarga,” ujarnya.

Mengalu-alukan kedatangan orang ramai

Dr Sobree dalam pada itu turut mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke restorannya untuk menikmati menu hidangan yang ditawarkan oleh US Pizza.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pemilik cawangan itu dipercayai kerana orang ramai menyangkakan dan membuat spekulasi kononnya US Pizza berasal daripada negara Amerika Syarikat.

Umum sedia maklum, majoriti masyarakat seluruh dunia sedang memboikot beberapa barangan daripada Amerika Syarikat yang memberi sokongan kepada Israel.

Tindakan itu dilakukan oleh orang ramai termasuk rakyat Malaysia adalah disebabkan konflik peperangan antara Palestin dan Israel.

Walau bagaimanapun, kenyataan rasmi daripada cawangan US Pizza di Prima Saujana ini dipercayai telah dipadam dari media sosial mereka seperti TikTok.

Manakala akaun Facebook milik cawangan itu juga tidak dapat dikesan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd