Now Reading
Gardenia Sah Naik Harga Untuk Produk Terpilih Mulai 1 Oktober Nanti

Gardenia Sah Naik Harga Untuk Produk Terpilih Mulai 1 Oktober Nanti

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kenaikan membabitkan harga produk utama mereka seperti roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) hari ini (27 September) mengesahkan sejumlah 30 produk keluaran mereka akan mengalami kenaikan harga mulai 1 Oktober (Ahad).

Menurut Pihak Pengurusan Gardenia KL, perubahan harga sebanyak 10 dan 40 sen itu dipersetujui selepas pihaknya menyemak semula harga bagi beberapa produk terpilih. Kenyataan itu dikeluarkan selepas tular foto senarai harga terbaharu produk Gardenia di media sosial sejak semalam.


Tiada Kenaikan Untuk Harga Roti Putih

Pun begitu, tiada sebarang kenaikan membabitkan harga produk utama mereka seperti roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em. Difahamkan antara produk mengalami kenaikan adalah:

  • Puazz Sambal Bilis
  • Puazz Sambal Mackerel
  • Puazz Kari Ayam
  • Quick Bites Butter Toffee
  • Quick Bites Red Beans
  • Quick Bites Cream Rolls
  • Numee Yellow Noodle
  • Numee Keluarga

“Gardenia KL telah menyemak semula harga bagi produk-produk terpilih berkuat kuasa 1 Oktober 2023.

“Bagaimanapun, harga roti putih, roti gandum penuh dan roti Toast’em kekal untuk memastikan kenaikan ini tidak membebankan majoriti pelanggannya,” kata Gardenia dipetik Awani.

Sebagai info, syarikat itu menaikkan enam harga produknya antara 10 sen hingga 50 sen pada 1 September 2022.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd