Aesop Lancar Koleksi A Time to Embrace, Ada Perfume, Hand Balm & Cleanser
Dua formulasi signature dari Aesop kembali semula secara edisi terhad iaitu Resurrection Aromatique Hand Balm dan Resurrection Aromatique Hand Wash.
- Aesop's A Time to Embrace collection features gift kits inspired by a family journey, including The Aesop Valise priced at RM2,565.
- The collection, Aesop's largest ever, includes skin, home, and fragrance products, available in-store and online from late November.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hujung tahun sering menjadi waktu orang ramai saling berkongsi dan bertukar hadiah sebagai tanda kasih sayang.
Aesop pula memilih pendekatan lebih bermakna menerusi hadiah yang menyentuh hati dipenuhi dengan kejutan.
Jenama kosmetik ini memperkenalkan koleksi A Time to Embrace menghimpunkan Gift Kits yang sesuai untuk diberikan kepada orang tersayang.
Koleksi Yang Mengambil Inspirasi Daripada Perjalanan Sebuah Keluarga Menempuh Cabaran Untuk Berkumpul

Menariknya, koleksi ini turut mempunyai sebuah filem arahan Elena Heatherwick.
Filem itu mengisahkan sebuah keluarga yang menaiki kereta api, berjalan kaki dan meredah salji semata-mata untuk berjumpa meluangkan masa bersama.
Sebuah bagasi berwarna perak dapat dilihat diangkat ke dalam gerabak ketika babak pembukaan filem tersebut.
Bagasi itu sebenarnya mempunyai sesuatu yang istimewa menjadi tumpuan utama dalam koleksi kali ini.
Memperkenalkan The Aesop Valise

Bagasi tersebut dikenali sebagai The Aesop Valise, tawaran paling besar daripada jenama itu pada musim ini.
Ia mempunyai 13 hadiah dipenuhi wangian aromatik yang menunggu saat-saat untuk dibuka.
Setiap laci direka untuk dibuka sedikit demi sedikit sehingga menghampiri hari perayaan.
Ataupun, boleh dibuka secara serentak untuk dijadikan surprise.
Dengan cara itu, penerima dapat menikmati pengalaman memberi dan menerima dengan lebih bermakna.
The Aesop Valise boleh didapati pada harga RM2,565 dan ditawarkan sekitar awal bulan November.
Ia mengandungi produk Aesop seperti:
- Ceramic Nose
- Geranium Leaf Body Cleanser (100 mL)
- Solais Replenishing Hand Serum (30 mL)
- Eleos Aromatique Hand Balm (30 mL)
- Nurture Soap bar (150g)
- Resurrection Aromatique Hand Balm (30 mL)
- Tacit Truths Eau de Parfum (10 mL)
- Above Us Steorra Eau de Parfum (10 mL)
- Entirely Aurner Eau de Parfum (10 mL)
- Parsley Seed Facial Cleanser (100 mL)
- Lucent Facial Concentrate (60 mL)
- Ptolemy Aromatique Candle (300 g)
- Aromatique Room Spray (50 mL)
- Post-Poo Drops (100 mL)
Tambahan pula, dua formulasi yang digemari ramai daripada Aesop turut kembali semula dalam tahun ini secara edisi terhad.
Ia dikenali sebagai Resurrection Aromatique Hand Balm (RM150) dan Resurrection Aromatique Hand Wash (RM270)
Losyen tangan itu dikemaskan dalam botol tiub berwarna perak. Manakala, sabun cuci tangan pula disimpan kemas dalam kotak besi dibalut dengan kain furoshiki.
Furoshiki merupakan kain tradisional Jepun yang digunakan untuk membungkus barang atau hadiah sering dijadikan hiasan elegan.
Kedua-dua produk ini dijual di Malaysia bermula 27 November dalam kuantiti terhad.
Koleksi Hadiah Paling Besar Pernah Dihasilkan Oleh Aesop

Himpunan set hadiah kali ini merupakan yang terbesar pernah dihasilkan oleh Aesop.
Ia lengkap dari bahagian kulit, rumah dan deria bau menjadikannya sesuai untuk setiap penerima.
Ada bersaiz besar dan kecil membolehkan ia dibawa ke mana-mana sahaja tanpa memenuhkan ruang anda ketika travel.
Antara set yang ditampilkan seperti Treasured Bonds, gabungan Eau de Parfum dan Hand Balm pilihan sendiri.
Selain itu, Sensing Excitement turut mencuri perhatian dengan gabungan Bronze Incense Holder bersama set Kagerou Incense Sticks.
Rekindled Connections merupakan sebuah Gift Kit yang mengandungi tiga Aromatique Candles bersaiz mini.
Saiz kecil itu dihasilkan khas sempena hujung tahun ini dan sesuai bagi mereka yang kurang pasti tentang cita rasa seseorang tersebut.
Menariknya, setiap set ini dikemaskan dalam kotak hadiah berwarna perak yang lengkap dengan motif khas dari Aesop.
Kotak itu boleh digunakan semula untuk menyimpan barang lain dalam koleksi anda.
Keseluruhan koleksi ini boleh didapati di butik Aesop ataupun dalam talian.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.