ASICS NOVABLAST 6: Lebih Ringan, Responsif & Bertenaga Dengan Teknologi Kusyen Baharu!
Asics NOVABLAST 6 boleh didapati sekarang pada harga RM599.00.
- ASICS NOVABLAST 6 memperkenalkan teknologi FF TURBO SQUARED buat pertama kali, menawarkan lantunan spring lebih baik dan tindak balas lebih tinggi.
- Kasut ini sesuai untuk semua golongan pelari, daripada pelari baharu hingga peserta maraton penuh yang berpengalaman.
- Dengan harga RM599.00, NOVABLAST 6 hadir dengan peningkatan bahagian atas mesh dan tapak ASICSGRIP untuk keselesaan larian harian.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Komuniti larian di Malaysia semakin berkembang pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Seiring dengan itu, semakin ramai mula sedar manfaat larian bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malah mental.
Menyedari keperluan itu, ASICS memperkenalkan kasut larian terbarunya, iaitu NOVABLAST 6.
NOVABLAST 6 Buat Pertama Kali Menampilkan Teknologi FF TURBO SQUARED

NOVABLAST 6 merupakan evolusi terbaru kasut larian ASICS yang terkenal dengan rasa yang ringan, kusyen responsif serta pengalaman larian penuh bertenaga.
Menurut ASICS, model ini membawa beberapa peningkatan utama bagi meningkatkan tenaga, keselesaan serta kecekapan larian secara keseluruhan. Sekali gus, mengukuhkan lagi kedudukan siri NOVABLAST sebagai kasut latihan harian pilihan ramai pelari.
Buat pertama kalinya, kusyen di bahagian depan kasut ini dikuasakan oleh foam FF TURBO SQUARED.
Teknologi yang sebelum ini digunakan dalam siri MEGABLAST dan SONICBLAST, kini membuat kemunculan pertama dalam NOVABLAST menawarkan daya tindak balas lebih tinggi seperti lantunan spring lebih baik.
Dalam masa sama, kusyen FF BLAST MAX turut menambah rasa lembut serta selesa pada bahagian tapak untuk menghasilkan pengalaman larian yang lebih seimbang dan menyeronokkan.
Gabungan kedua-dua teknologi foam ini dikatakan akan berikan pengalaman larian lebih responsif, tindak balas lebih tinggi serta penuh tenaga sesuai bagi pelbagai jenis pelari.
Kasut Direka Sesuai Untuk Pelari Baharu Sehingga Peserta Maraton
Seiring perkembangan komuniti larian tempatan, ASICS mencipta NOVABLAST 6 sebagai kasut latihan harian yang serba boleh untuk semua golongan.
Menurut ASICS, kasut ini menawarkan pengalaman larian responsif, ringan dan selesa untuk semua daripada pelari baharu yang berlatih untuk larian 5 kilometer (KM) pertama mereka, sehinggalah pelari berpengalaman bersiap sedia untuk maraton penuh.
Peningkatan Pada Bahagian Atas Dan Tapak Akan Meningkatkan Keselesaan

Selain teknologi foam, NOVABLAST 6 turut menerima beberapa penambahbaikan pada bahagian atas dan tapaknya, selaras dengan falsafah reka bentuk ASICS.
ASICS menyatakan bahawa getah ASICSGRIP pada bahagian depan kasut menawarkan cengkaman yang lebih kuat membolehkan jari kaki menolak dengan cekap.
Selain itu, gabungan rekaan ini dengan tapak tengah akan menambah baik impak lantunan kasut tersebut.
Bukan itu sahaja kerana bahagian atasnya yang diperbuat daripada jaringan kain mesh akan tingkatkan pengaliran udara serta memberikan rasa lebih selesa untuk latihan harian.
ASICS Tekad Menyokong Pelari Di Setiap Peringkat
Pengurus Negara ASICS Malaysia, Boon Tib berkata komuniti larian di Malaysia telah berkembang pesat, dengan semakin ramai menerima larian sebagai sebahagian daripada gaya hidup yang lebih sihat.
“Di ASICS, kami bertekad untuk menyokong pelari di setiap peringkat perjalanan mereka dengan menghadirkan inovasi yang menjadikan setiap larian lebih menyeronokkan serta bermanfaat.”
Menurutnya, siri NOVABLAST telah menjadi salah satu pilihan paling popular dalam kalangan pelari di Malaysia kerana keselesaannya dan kusyennya yang responsif.
“Dengan pengenalan NOVABLAST 6, kami membawa inovasi terkini kami kepada pelari tempatan untuk memberikan pengalaman larian yang lebih bertenaga dan menyeronokkan, daripada latihan harian sehinggalah persediaan hari perlumbaan,” tambahnya.
“Kami percaya evolusi terbaru ini akan terus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk bergerak dengan penuh keyakinan dan menikmati setiap langkah.”
NOVABLAST 6 Kekalkan Reka Bentuk Tapak Tengah Geometri Ikoniknya

Bagi peminat siri kasut ini, NOVABLAST 6 masih mengekalkan reka bentuk tapak tengah berbentuk geometri yang menjadi identitinya.
Menariknya, reka bentuk itu terus mengekalkan responsif bertenaga di bawah tapak kaki yang mendefinisikan siri tersebut, dengan gaya rekaan agresif mencerminkan setiap langkah yang dinamik.
Ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu model yang menonjol dalam barisan kasut larian ASICS.
Untuk pengetahuan umum, kasut NOVABLAST 6 kini sudah boleh didapati di seluruh dunia, dan dijual di Malaysia pada harga RM599.00.
Baca Artikel Berkaitan: Baru Nak Berjinak Dalam Larian? Ini Tips Berguna Untuk Anda | TRP
Baca Artikel Berkaitan: Suka Berlari? Ini 5 Kecederaan Yang Sering Berlaku & Cara Untuk Mengelaknya | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.