Kings Of K-pop, BIGBANG Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert Khas Di Stadium Nasional
Konsert BIGBANG 2026-2027 World Tour XX: Cosmos itu bakal berlangsung di TM Stadium Nasional pada 9 Januari 2027.
- BIGBANG akan kembali ke Kuala Lumpur pada 9 Januari 2027 di TM Stadium Nasional, sebagai sebahagian daripada jelajah dunia XX: Cosmos.
- Jelajah ini disambut sempena ulang tahun ke-20 BIGBANG, merangkumi 33 persembahan di 17 bandar seluruh dunia.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi peminat muzik Korean Pop (K-pop), melihat kumpulan kegemaran di atas pentas adalah antara pengalaman yang paling dinanti-nantikan.
Antara yang menjadi kegemaran ramai adalah kumpulan BIGBANG yang sering digelar oleh peminat sebagai Kings of K-pop.
Namun, sudah 11 tahun berlalu sejak kali terakhir BIGBANG menjejakkan kaki di Malaysia, membuatkan ramai merindui persembahan mereka.
Kini, penantian itu bakal berakhir kerana BIGBANG bakal kembali ke Kuala Lumpur.
BIGBANG Kembali Ke Kuala Lumpur Pada 9 Januari 2027

Menerusi hantaran media sosial iMEMalaysia, mengumumkan kepulangan BIGBANG ke Kuala Lumpur selepas persembahan terakhir mereka 11 tahun yang lalu.
BIGBANG akan melakukan persembahan di TM Stadium Nasional pada 9 Januari 2027, jam 8 malam merupakan sebahagian daripada jelajah dunia 2026-2027 World Tour XX: Cosmos.
Kepulangan raja K-pop ini dianjurkan oleh iME Malaysia dan AEG Presents Asia, serta ditaja oleh Trip.com.
Buat masa ini, harga dan butiran jualan tiket masih belum diumumkan. Para VIP dinasihatkan untuk mengikuti sebarang perkembangan melalui media sosial rasmi iME Malaysia.
Persembahan Ini Diadakan Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-20 BIGBANG
Menurut Bandwagon, sempena sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan BIGBANG, ahli kumpulannya, G-Dragon, Taeyang dan Daesung memperkenalkan jelajah 2026-2027 World Tour XX: Cosmos.
Sebanyak 33 buah persembahan bakal dilakukan merentasi 17 bandar berbeza menandakan kepulangan BIGBANG selepas berehat selama 9 tahun.
Dalam masa sama, jelajah ini bermula di Korea Selatan sebelum menuju ke Amerika Utara, Eropah dan di Asia bermula bulan Oktober tahun ini.
Berikut adalah senarai penuh tarikh 2026-2027 World Tour XX: Cosmos:
- 21 – 23 Ogos – Goyang, Goyang Stadium
- 4 -5 September – Oakland, Oakland-Alameda County Coliseum
- 11 September – East Rutherford, MetLife Stadium
- 19 September — Paris, Stade de France
- 26 September — London, Tottenham Hotspur Stadium
- 10–11 Oktober — Taipei, Taipei Dome
- 17 Oktober — Singapura, National Stadium
- 24–25 Oktober — Hanoi, My Dinh National Stadium
- 31 Oktober — Sydney, Accor Stadium
- 7 November — Bangkok, Rajamangala National Stadium
- 13–15 November — Hong Kong, Kai Tak Stadium
- 27–29 November — Osaka, Kyocera Dome Osaka
- 5–6 Disember — Nagoya, Vantelin Dome Nagoya
- 13–15 Disember — Tokyo, Tokyo Dome
- 26–27 Disember — Fukuoka, Mizuho PayPay Dome Fukuoka
- 9 Januari — Kuala Lumpur, TM Stadium Nasional
- 16 Januari — Jakarta, Jakarta International Stadium
- 20 Februari — Manila, SMDC Festival Grounds
- 27–28 Februari — Kaohsiung, Kaohsiung National Stadium
Sejarah Ringkas Tentang Kumpulan BIGBANG

BIGBANG merupakan kumpulan lelaki di bawah pengurusan syarikat YG Entertainment yang kini diteruskan oleh tiga ahli, iaitu G-Dragon, Taeyang dan Daesung.
Sebelum debut, proses pembentukan kumpulan ini pernah dirakamkan menerusi siri televisyen ‘Big Bang Documentary’ pada Julai hingga Ogos 2006, yang turut disiarkan di GomTV dan MTV Korea.
Kumpulan ini terdiri daripada lima ahli iaitu G-Dragon, Taeyang, T.O.P, Daesung dan Seungri.
Penampilan pertama kumpulan ini pada 19 Ogos 2006 di konsert ulang tahun ke-10 YG Family yang diadakan di Olympic Gymnastics Arena, Seoul.
Sepanjang 2007 hingga 2009, BIGBANG mula mengukir nama menerusi album mini ‘Always’ yang melahirkan lagu popular seperti, Lies, Hot Issue dan Stand Up.
Kejayaan tersebut telah berjaya membuatkan BIGBANG meraih anugerah Artist of The Year di Mnet KM Music Festival dan Seoul Gayo Daesang Award.
Selepas itu, BIGBANG mula mengembangkan bakat mereka ke Jepun menerusi lagu pertama, My Heaven.
Menjelang penghujung 2009, BIGBANG menjadi antara artis paling popular di Korea Selatan, malah menjadi kumpulan asing pertama di Jepun yang memenangi Japan Cable Broadcasting Award kategori Best Newcomer dan Japan Records Award.
Pada tahun 2011, BIGBANG kembali semula dengan mengeluarkan album keempat mereka berjudul, Tonight diikuti dengan lagu seperti Blue, Bad Boy dan Monster mengukuhkan populariti mereka di pentas antarabangsa.
Empat tahun kemudian, BIGBANG muncul semula menerusi album berjudul, MADE dan melakukan persembahan di 15 buah negara seluruh dunia.
Walaupun peminat terpaksa menyaksikan 2 ahli meninggalkan kumpulan ini iaitu Seungri pada tahun 2019 kerana terlibat dalam scandal Burning Sun dan T.O.P. pada tahunu 2023.
BIGBANG masih kekal di atas sebagai antara kumpulan K-pop paling berpengaruh.
Baca Artikel Berkaitan: T-ara Kembali Ke Malaysia, Konsert ‘Fan-Con’ Khas Buat Para Peminat | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.