Artis HACIPUPU Agee Dan Yep Bakal Kunjungi Pulau Pinang, Untuk Sesi Meet & Greet Bersama Peminat
Sesi Meet & Greet bersama Agee Dan Yep juga bersempena pelancaran koleksi eksklusif HACIPUPU Honey Bear yang hanya boleh dibeli di POP MART Gurney Plaza.
- Artis HACIPUPU, Agee dan Yep, akan hadir ke POP MART Gurney Plaza pada 2 Ogos 2026 untuk sesi Meet & Greet istimewa.
- Peminat boleh memenangi tiket Meet & Greet melalui cabutan bertuah dengan pembelian produk HACIPUPU bernilai RM49.80 ke atas.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dua artis di sebalik jenama HACIPUPU, Agee dan Yep, bakal hadir ke Pulau Pinang untuk sesi Meet & Greet yang cukup istimewa.
Kehadiran mereka di POP MART Gurney Plaza pada 2 Ogos 2026 bersempena pelancaran beberapa koleksi eksklusif Malaysia seperti figura baharu HACIPUPU Honey Bear yang hanya boleh didapati secara eksklusif di kedai berkenaan bermula 24 Julai 2026.
Menariknya, peminat turut berpeluang memenangi tiket untuk bertemu sendiri dengan pencipta karakter comel ini.
Agee Dan Yep Bakal Bertemu Peminat Di POP MART Gurney Plaza

Sesi Meet & Greet ini memberikan peluang istimewa kepada peminat di Pulau Pinang untuk bertemu sendiri dengan pencipta HACIPUPU.
Menerusi sesi ini, para peminat berpeluang untuk mengenali kisah dan inspirasi untuk menghasilkan karakter ikonik ini.
Sesi Meet & Greet akan bermula pada jam 2:00 petang pada 2 Ogos 2026 dan pemegang tiket perlu hadir mengikut slot masa yang tertera pada tiket masing-masing.
Peminat Berpeluang Menang Tiket Meet & Greet Menerusi Cabutan Bertuah
Bagi anda yang ingin bertemu Agee dan Yep, caranya mudah sahaja.
Dari 24 hingga 28 Julai 2026, setiap pembelian produk HACIPUPU bernilai RM49.80 ke atas dalam satu resit di POP MART Gurney Plaza akan melayakkan diri anda untuk menyertai cabutan bertuah.
Menerusi cabutan itu, anda berpeluang untuk memenangi Tiket Meet & Greet untuk bertemu Agee dan Yep.
Oleh itu, inilah masa yang terbaik untuk anda menambah koleksi HACIPUPU sambil merebut peluang bertemu penciptanya.
Koleksi Eksklusif Malaysia HACIPUPU Honey Bear Dilancarkan Buat Kali Pertama

Selain sesi Meet & Greet, acara ini turut menyaksikan pelancaran koleksi eksklusif di Malaysia buat kali pertama.
Figura HACIPUPU Honey Bear akan dilancarkan secara eksklusif di POP MART Gurney Plaza pada 24 Julai 2026.
Mengambil inspirasi daripada elemen madu dan beruang, koleksi ini menampilkan sisi HACIPUPU yang lebih ceria dan dicipta khas untuk peminat di Malaysia.
Selain itu, koleksi ini turut merangkumi beg penyimpanan dan pendant HACIPUPU yang boleh didapati di kedai POP MART seluruh Malaysia.
Menariknya, magnet peti sejuk HACIPUPU edisi terhad akan dikeluarkan tidak lama lagi, dengan sebarang maklumat lanjut bakal diumumkan menerusi saluran rasmi POP MART Malaysia.
Untuk pengetahuan umum, acara ini merupakan sebahagian daripada aktiviti pembukaan POP MART Gurney Plaza, yang menggabungkan sesi bertemu artis, pelancaran koleksi eksklusif serta pengalaman baharu buat peminat di Pulau Pinang.
Agee Dan Yep Merupakan Artis Di Sebalik Karakter HACIPUPU
Sebagai info tambahan, HACIPUPU merupakan karakter comel yang terkenal dengan muka cerita penuh imaginasi dicipta oleh dua artis, iaitu Agee dan Yep.
Setiap edisi HACIPUPU direka dengan gaya yang unik sekali gus berjaya mencuri hati peminat dari pelbagai peringkat serta usia.
Menerusi sesi Meet & Greet ini, peminat bukan sahaja dapat bertemu penciptanya, malah dapat memahami setiap inspirasi serta cerita yang membentuk dunia HACIPUPU.
Bagi sesiapa yang meminati koleksi HACIPUPU di Pulau Pinang, inilah peluang terbaik untuk bertemu Agee dan Yep sekali gus menambah koleksi baharu anda.
Baca Artikel Berkaitan: Hacipupu Dari POP MART Berkolaborasi Dengan CHAGEE Lancar Green Grape Milk Tea | TRP
Baca Artikel Berkaitan: “Seram Tapi Menjadi!” – Telatah Influencer Makeup Ala Labubu Bikin Ramai Geli Hati | TRP
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.