Now Reading
Bukan Sekadar Kamera Mini, KingCam Kini Jadi Koleksi Wajib Milik Peminat Burger King

Bukan Sekadar Kamera Mini, KingCam Kini Jadi Koleksi Wajib Milik Peminat Burger King

Melalui pembelian mana-mana set yang layak, pelanggan boleh membeli KingCam Mini Camera pada harga istimewa RM59.90 menerusi tawaran beli-dengan-beli.

In Brief
  • Burger King Malaysia memperkenalkan KingCam Mini Camera edisi terhad hasil kolaborasi Coca-Cola, dijual pada harga istimewa RM59.90 bersama set hidangan terpilih.
  • Setiap pembelian KingCam turut disertakan kad SD 1GB, menjadikan pakej ini bernilai runcit RM99, tersedia mulai 13 Julai 2026.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Burger King Malaysia memulakan bulan Julai dengan memperkenalkan KingCam Mini Camera, barangan koleksi edisi terhad hasil kolaborasi bersama Coca-Cola yang boleh dimiliki secara eksklusif menerusi kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera.

Direka sebagai kamera mini untuk merakam detik-detik harian, KingCam hadir sebagai koleksi eksklusif yang hanya boleh didapati melalui pembelian set hidangan terpilih di Burger King Malaysia.

Dua Set Hidangan Untuk Dipilih

Pelanggan boleh memilih salah satu daripada dua set hidangan berikut:

  • Set Hidangan Medium Nachos Cheese Deluxe bersama 4 ketul Nuggets pada harga RM25.95.
  • Set Hidangan Medium Ayam Goreng 2 Ketul bersama Nachos Cheese Dunk pada harga RM27.40.

Cara Mendapatkan KingCam Mini Camera

Melalui pembelian mana-mana set yang layak, pelanggan boleh membeli KingCam Mini Camera pada harga istimewa RM59.90 menerusi tawaran beli-dengan-beli.

Setiap pembelian turut didatangkan dengan kad SD 1GB, menjadikan keseluruhan pakej ini bernilai runcit RM99.

Dibangunkan menerusi kolaborasi bersama Coca-Cola, KingCam direka untuk merakam pelbagai momen istimewa bersama keluarga dan rakan-rakan, sama ada ketika menikmati makanan kegemaran atau menghabiskan masa bersama.

Rai Momen Bersama

Menurut Ketua Pemasaran Burger King Malaysia, Leong Huey Ying, kempen ini diinspirasikan daripada budaya rakyat Malaysia yang gemar berkumpul sambil menikmati hidangan bersama.

“Berkumpul sambil menikmati makanan yang sedap memang sudah sebati dalam budaya kita sebagai rakyat Malaysia.

“Melalui kempen Vibe Check with KingCam Mini Camera, kami ingin meraikan momen-momen kecil yang menjadikan setiap pertemuan lebih bermakna.

“KingCam dicipta untuk mengabadikan detik-detik itu, memberi pelanggan kami cara yang lebih menyeronokkan untuk merakam kenangan sebelum ia berlalu.”

KingCam Mini Camera boleh didapati di cawangan Burger King® Malaysia terpilih di seluruh negara mulai 13 Julai 2026, selagi stok masih ada.

Untuk mendapatkannya, pelanggan hanya perlu membeli mana-mana set hidangan yang layak sebelum menambah KingCam Mini Camera pada harga RM59.90.

Maklumat lanjut boleh ikuti Burger King Malaysia di Facebook dan Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd