Now Reading
[Video] Rela Diisytihar Bankrupt Kerana Tidak Mahu Bayar Hutang, Boleh Ke?

[Video] Rela Diisytihar Bankrupt Kerana Tidak Mahu Bayar Hutang, Boleh Ke?

Difahamkan ramai salah faham bahawa diisytiharkan bankrap bermaksud terlepas daripada hutang. Hakikatnya, kehidupan selepas bankrap penuh dengan sekatan dan kerugian harta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui bahawa status muflis atau bankrap akan menyebabkan seseorang hilang kebebasan dari segi kewangan dan perundangan.

Namun begitu, masih ramai yang menyangka pengisytiharan bankrap adalah satu bentuk jalan keluar untuk tidak membayar hutang tanpa menyedari beban yang bakal menanti selepas itu.

Majoriti menyangka apabila diisytihar bankrap semua hutang akan terhapus dan hidup kembali tenang. Seorang peguam tampil memberi pencerahan mengenai kesan sebenar apabila seseorang itu sah diisytiharkan muflis oleh mahkamah.

Baca Artikel Berkaitan: 53,000 Individu Bawah 30 Tahun Di Malaysia Miliki Hutang Terkumpul Sebanyak RM1.9 Bilion – AKPK

Baca Artikel Berkaitan: 5% Rakyat Malaysia Hutang Lebih RM1 Juta Sejak 5 Tahun Lepas – Jabatan Insolvensi

Baca Artikel Berkaitan: Ini Antara Faktor Golongan Muda ‘Blacklist’ Awal

Fikir Jadi Bankrap Boleh Lari Dari Hutang Tapi Sebenarnya Lagi Banyak Sekatan

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@pakciklego), peguam ini berkongsi kebenaran tentang satu fahaman salah orang ramai terhadap pengisytiharan bankrap.

Difahamkan, selepas seseorang diisytiharkan bankrap oleh mahkamah, semua aset dan harta miliknya dalam Malaysia akan jatuh di bawah bidang kuasa Jabatan Insolvensi Malaysia.

Ini termasuk duit simpanan, rumah, tanah dan kenderaan yang bukan harta bercagar.

Harta bercagar seperti rumah atau kereta yang masih ada pinjaman bank pula akan kekal di bawah kuasa institusi kewangan yang memegang gadaian tersebut.

Tonton video penuh [DI SINI].

Apa Sebenarnya Berlaku Bila Seseorang Diisytiharkan Bankrap?

Dalam tempoh pengisytiharan harta di bawah Jabatan Insolvesi, individu tersebut akan kehilangan kuasa ke atas aset dan kebebasan kewangan peribadi.

Setiap tindakan melibatkan harta, pendapatan dan pergerakan diri akan dikawal, dan banyak sekatan mula berkuat kuasa secara automatik. Antaranya:

  • Aset disita dan diurus oleh Insolvensi
    Semua aset tidak bercagar seperti rumah, tanah, simpanan tunai dan kenderaan boleh dirampas dan dilupuskan untuk membayar balik hutang tertunggak. Pemilik tidak lagi mempunyai kuasa ke atas harta ini.
  • Akaun bank dibekukan
    Semua akaun bank yang aktif boleh dibekukan, dan baki akan dipindahkan ke akaun insolvensi. Akses kepada simpanan sendiri menjadi terhad dan hanya dibenarkan di bawah pengawasan pihak berkuasa.
  • Tak boleh jadi pengarah syarikat atau berniaga
    Individu bankrap tidak dibenarkan memegang jawatan pengarah, memulakan perniagaan atas nama sendiri atau terlibat dalam sebarang pengurusan korporat secara rasmi.
  • Sekatan keluar negara
    Seseorang yang bankrap tidak boleh keluar negara kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Jabatan Insolvensi. Ini termasuk urusan peribadi, melancong mahupun tugasan kerja.
  • Kerjaya terjejas
    Status bankrap boleh menjejaskan peluang pekerjaan, terutamanya dalam sektor kerajaan, kewangan, dan perkhidmatan profesional yang mempunyai syarat latar belakang bersih.
  • Harta boleh dilelong
    Mana-mana harta yang masih atas nama individu bankrap dan tidak digadai kepada bank boleh dijual atau dilelong oleh pihak insolvensi. Hasilnya akan digunakan untuk membayar hutang yang masih berbaki.

Bankrap Bukan Tiket Lari Dari Hutang, Tapi Jalan Mati

Sumber: MalayMail

Ramai tidak sedar bahawa apabila diisytiharkan bankrap, seseorang itu tidak terlepas daripada membayar hutang. Malah hartanya boleh dijual, kehidupannya dikawal dan peluang kerjayanya terjejas.

Justeru sebelum memilih untuk rela bankrap, adalah lebih baik mendapatkan nasihat kewangan atau berbincang dengan pihak bank untuk merancang jalan penyelesaian yang lebih bertanggungjawab dan berkesan.

Sistem insolvensi memang diwujudkan untuk membantu peminjam tegar keluar dari beban hutang, namun bukan untuk dieksploitasi sebagai jalan pintas.

Dalam kebanyakan kes, menyelesaikan hutang secara berperingkat dengan bantuan institusi kewangan masih jauh lebih baik berbanding menyerah kepada status muflis.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Cepat Habiskan Loan Rumah? Ejen Hartanah Ini Dedah ‘Trick’ Jimat

Baca Artikel Berkaitan: Pinjaman Rumah Tanpa Kerja Tetap & Slip Gaji. Bagus Atau Tidak?

Baca Artikel Berkaitan: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd