Now Reading
Kerajaan Umum Penutupan Menara KL Buat Sementara Bermula Hari Ini, 17 April

Kerajaan Umum Penutupan Menara KL Buat Sementara Bermula Hari Ini, 17 April

Tarikh pembukaan semula Menara KL akan dimaklumkan kelak melalui pelbagai saluran media.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Menara Kuala Lumpur merupakan salah satu mercu tanda ikonik negara yang bukan sahaja menjadi pusat pelancongan, tetapi juga memainkan peranan penting sebagai menara komunikasi utama ibu kota.

Sebelum ini, timbul konflik pengurusan apabila syarikat lama MKLSB, mendakwa masih memegang hak konsesi dan membawa perkara itu ke mahkamah selepas kerajaan menyerahkan pengurusan baharu kepada LSH Service Master (LSHSM).

Walau bagaimanapun, baru-baru ini kerajaan mengarahkan penutupan sementara Menara KL bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu menjalankan kerja penyelenggaraan.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Fikir Saya Dah Tiada” – Tun M Sebak Buka Kapsul Masa Menara KL

Penutupan Menara KL Mula Hari Ini

Memetik laporan Berita Harian, Menara Kuala Lumpur ditutup buat sementara waktu bermula hari ini. Penutupan ini dilakukan demi keselamatan dan keselesaan pengunjung serta bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan oleh pengurusan baharu.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan memaklumkan, langkah itu dibuat susulan pengambilalihan rasmi bangunan berkenaan oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM) yang bermula 1 April lalu.

Tarikh pembukaan semula Menara KL akan dimaklumkan kelak melalui pelbagai saluran media.

Menara Kuala Lumpur kekal sebagai milik kerajaan dan kini diurus sepenuhnya oleh LSHSM yang bertanggungjawab terhadap aspek operasi, penyelenggaraan serta keseluruhan pengurusan bangunan tersebut.

MKLSB Diarah Kosongkan Tapak, Operasi Kini Tidak Sah

Sehubungan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) menerusi surat bertarikh 3 dan 9 April 2025.

“Oleh itu, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga kini adalah tanpa kebenaran kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut menegaskan bahawa kehadiran MKLSB di tapak Menara KL selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah, susulan tamatnya tempoh konsesi.

Kerajaan Beri Jaminan Operasi & Pekerja Tidak Terjejas

Pada 31 Mac lalu, kementerian memaklumkan melalui dokumen soalan lazim (FAQ) bahawa pengambilalihan konsesi Menara KL tidak akan menjejaskan operasi dan pekerja yang berada di menara komunikasi itu.

Menurut kementerian, rundingan bersama-sama syarikat konsesi baharu LSHSM, telah menetapkan terma-terma yang memastikan operasi harian akan diteruskan seperti biasa tanpa gangguan.

Baca Artikel Berkaitan: Bomba Berjaya Selamatkan Lelaki Cuba Terjun Dari Menara Kuala Lumpur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Bangunan Pejabat Di Menara KLCC Dimasuki Air Akibat Banjir Kilat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd