Now Reading
[Video] Ramai Sebak Lihat Anak Buat Kejutan Beraya Bersama-Sama Ibu Selepas Lama Tidak Berjumpa

[Video] Ramai Sebak Lihat Anak Buat Kejutan Beraya Bersama-Sama Ibu Selepas Lama Tidak Berjumpa

Difahamkan, wanita berkenaan sudah lama tidak beraya bersama-sama keluarganya kerana sudah menetap di United Kingdom sejak sekian lama.

Umum mengetahui bahawa ada keluarga yang terpaksa berpisah, lebih-lebih lagi apabila anak-anak meningkat dewasa dan mula berumah tangga.

Ada yang memilih untuk menetap berdekatan ibu bapa, namun kerana tuntutan kerja, pendidikan, atau keluarga, ada juga yang perlu berjauhan sehingga menyukarkan pertemuan.

Itulah yang berlaku pada keluarga ini apabila seorang anak yang sudah sekian lama menetap di United Kingdom (UK) akhirnya pulang ke tanah air untuk membuat kejutan buat ibunya sempena Aidilfitri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sebak Lihat Kanak-Kanak Menangis Peluk Bapa Lepas 4 Bulan Tak Jumpa

Baca Artikel Berkaitan: Berjauhan 10,127 KM, Lelaki Surprise Ibu Lepas Hampir 2 Tahun Tak Berjumpa Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: Rider Dedah Sering Berbaring Di Kubur Ibu Kerana Rindu Pada Insan Tercinta

Anak Buat Kejutan Untuk Ibu

Menerusi perkongsian di laman TikTok (@dinieridwan), satu momen penuh emosi dirakam ketika seorang wanita pulang ke tanah air untuk membuat kejutan bertemu ibunya selepas bertahun-tahun terpisah.

Di awal video, ahli keluarga mengalihkan perhatian si ibu dengan mengajaknya bergambar beramai-ramai, tanpa menyedari bahawa kejutan besar sedang menantinya.

Ketika sesi bergambar berlangsung, wanita yang juga merupakan emak saudara kepada pemilik video itu perlahan-lahan duduk di sebelah ibunya tanpa disedari.

Dalam keadaan si ibu masih tidak perasan kehadiran anaknya, si anak kemudian bertanya, “Lepas ni nak raya mana?”.

Hanya melalui suara, si ibu terus terkejut, menoleh, dan menangis kegembiraan apabila melihat anak yang sudah lima tahun tidak pulang akhirnya berada di hadapannya.

Menurut pemilik video, ibu saudaranya yang menetap di UK sudah lama tidak dapat pulang beraya kerana komitmen keluarga dan kerjaya di sana.

Kejutan ini dirancang dengan teliti bagi memberikan momen istimewa buat ibu mereka yang sekian lama merindui anak tersayang.

@dinieridwan

Cerita dia makcik i stay uk dengan husband dia and dah lama tak balik raya after a few years so anak dan cucu berpakat surprise kan nenek cause nenek selalu berharap anak dia yang sorang ni dapat balik #fyp#foryoupage#balikraya#anakrantau#perantauan

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
Tonton video penuh [DI SINI].

Netizen Sebak Lihat Momen Penuh Emosi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat reaksi si ibu yang begitu gembira hingga menangis selepas lama tidak bersua dengan anaknya.

Sumber: TikTok @dinieridwan
Sumber: TikTok @dinieridwan

Ada juga pengguna yang bertanya bagaimana si ibu boleh bersetuju untuk ke lapangan terbang tanpa mengesyaki apa-apa.

Seorang ahli keluarga menjelaskan bahawa ibunya memang seorang yang sentiasa setuju jika diajak berjalan, jadi mereka hanya memberitahu tujuan ke sana hanya untuk “food hunting” dan bergambar sempena raya.

Sumber: TikTok @dinieridwan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Terpisah Sejak Kecil, Ibu & Anak Sebak Lepas Berjumpa Semula Lepas 27 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Anak Kecil Menangis Sebaik Nampak Bapa Pulang Dari Kerja Kerana Rindu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Haikal Rindu Mak, Pulanglah” – Luahan Pelajar UPM Tak Pernah Jumpa Ibu Sejak Kecil Buat Ramai Sebak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitter, Threads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd