Now Reading
Pasangan Malaysia Buka Kedai Kuih Tradisional Di New York, Kini Jadi Perhatian Ramai Penduduk AS

Pasangan Malaysia Buka Kedai Kuih Tradisional Di New York, Kini Jadi Perhatian Ramai Penduduk AS

Kedai bakeri ‘Lady Wong’ ini dimiliki oleh pasangan dari Malaysia iaitu Mogan Anthony dan Seleste Tan sejak tahun 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, terdapat banyak kedai bakeri yang menjual pelbagai jenis pastri di Malaysia. Antara menu yang paling popular adalah Croissant, Éclair, Pretzel, Macaron dan sebagainya.

Walaupun ia bukan makanan yang berasal dari Malaysia, tetapi ramai warga tempatan kita yang menggemarinya.

Tapi tak banyak premis perniagaan yang membuka kedai bakeri menjual kuih-muih tradisional negara kita kan? Ada itu memang ada, tapi tidak banyak.

Baca Artikel Berkaitan: Karipap Tersenarai Sebagai 5 Pastri Paling Sedap Di Dunia

Baca Artikel Berkaitan: Hidangan Apam Balik Duduki Tangga Ke-35 Dalam Penkek Paling Sedap Di Dunia

Rakyat Malaysia Buka Kedai Kuih Tradisional Di New York, Amerika Syarikat

Berbicara tentang bakeri, pasangan dari Malaysia iaitu Mogan Anthony dari Sungai Petani, Kedah dan isterinya Seleste Tan dari Kulai, Johor telah membuka satu kedai bakeri yang diberi nama ‘Lady Wong‘ di New York, Amerika Syarikat.

Sumber: Eater New York

Walaupun bisnes mereka itu baru sahaja beroperasi pada tahun 2022, namun siapa sangka ia kini tersenarai sebagai lokasi kedai makan yang paling popular di 9th Street, New York.

Terdapat pelbagai jenis kuih-muih yang dijual di sana. Antaranya seri muka, kek bulan, kuih angku, kek cendol dan sebagainya.

Memetik laporan The Star, ‘Lady Wong’ ini juga telah mendapat pengiktirafan dari laman web Eater sebagai ‘The Hottest Bakery in NYC’ pada tahun 2022.

Macam Mana Pasangan Ini Terdetik Untuk Buka Premis ‘Lady Wong’ Di New York?

Kisah ini bermula ketika zaman pandemik di mana mereka yang pada ketika itu berada di New York, Amerika Syarikat tidak dapat pulang ke Malaysia pada tahun 2020 disebabkan oleh sekatan perjalanan.

Disebabkan terlalu ‘homesick’ dan mengidam untuk makan kuih tradisional Malaysia, jadi pasangan ini mengambil keputusan untuk membuat sendiri hidangan berkenaan.

Sumber: Instagram @ladywongpastry

Nak dijadikan cerita, mereka berdua mempunyai latar belakang masakan di mana Mogan adalah cef dalam menu savoury manakala isterinya pula lebih ke arah pastri Perancis.

“Waktu itu semua kedai tutup ketika Covid-19. Ada satu waktu itu ketika Tahun Baru Cina, kami betul-betul rindukan rumah (Malaysia). Jadi ini yang memberi inspirasi kepada kami berdua untuk membuat sendiri kuih tradisional dan pastri.

“Kami mahu kongsi menu tradisional dengan masyarakat New York yang juga berasal dari Asia Tenggara seperti kami,” ujar Seleste.

Bagi memastikan rasa keaslian menu tersebut, mereka juga mengimport barangan dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Sumber: Instagram @ladywongpastry

Pada awalnya, Seleste dan Mogan hanya membuka sebuah kedai pop-up yang kecil sahaja sebelum membuka kedai fizikal di New York.

Lebih mengagumkan lagi, mereka mempelajari hampir kesemua resepi kuih-muih tradisional Malaysia itu hanya melalui media sosial seperti YouTube dan Instagram.

Antara hidangan yang menjadi kegemaran pelanggan Lady Wong di Amerika Syarikat adalah kuih seri muka, kuih lapis dan kuih talam.

Ramai Rakyat Malaysia Yang Perkenal Menu Tradisional Di Luar Negara

Kalau anda perasan, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang cuba untuk memperkenalkan makanan tempatan kita kepada masyarakat di luar negara.

Sebelum ini, sebuah keluarga membuka perniagaan menjual Nasi Kerabu di Victoria Park, London dan berjaya menjana pendapatan sekitar RM2,243,021 (£400,000) dalam tempoh setahun.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Keluarga Di London Ini Raih Pendapatan Lebih RM2 Juta Setahun Dengan Jual Nasi Kerabu

Sumber: TikTok @christhechindian

Selain itu, seorang ‘food reviewer’ bernama Papa Nash berkongsi kisah tentang pasangan suami isteri yang menjual sate ayam di Perth, Australia dan dianggarkan mereka boleh menjana sehingga RM100,000 sebulan!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kisah Di Sebalik Perniagaan Serai Group, Cawangan Pertama Di UK Dihadiri Tunku Azizah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd