Treler Awam Tukar Laluan Mengejut Punca Kenderaan Pengangkut Bawa Kereta Kebal Terbabas – TDM
Kemalangan melibatkan treler milik ATM yang membawa dua buah kereta kebal itu berlaku sekitar jam 4:48 petang semalam (7 November) di Kilometer 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Insiden kemalangan sememangnya tidak dapat dijangka lebih-lebih lagi apabila melibatkan masalah seperti keadaan jalan raya, cuaca hujan lebat dan sebagainya.
Bagi setiap pemandu, sudah pasti tiada sesiapa yang mahu terlibat dalam kejadian ini kerana berisiko mengakibatkan kecederaan atau lebih parah apabila boleh meragut nyawa.
Buat para pengguna jalan raya, kita perlu sentiasa berwaspada dan peka dengan keadaan sekeliling meskipun sudah sedaya upaya untuk memandu dalam keadaan berhati-hati.
Treler ATM Bawa Kereta Kebal Terbabas Di Lebuhaya KL-Karak
Berbicara tentang kemalangan jalan raya, baru-baru ini sebuah treler milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa muatan beberapa kereta kebal telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhaya KL-Karak.
Menurut laporan pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia di laman X (@llmtrafik) kejadian itu berlaku sekitar jam 4:48 petang semalam (7 November) di Kilometer 35.2 arah Barat dari Genting Sempah ke Gombak.
Susulan itu, lorong kanan arah barat dan lorong kanan arah timur terhalang (crossbound) dan mengakibatkan trafik bergerak perlahan.
Memetik Kosmo, kesesakan trafik menuju ke arah Kuala Lumpur itu dianggarkan hampir lima kilometer.
KEMASKINI INFO KEMALANGAN (E8 : LEBUHRAYA KL KARAK)
— LLM INFO TRAFIK 🇲🇾 (@llmtrafik) November 7, 2024
6.10pm🔸: ⚠Berlaku kemalangan di KM 35.2 arah Barat dari Gtg. Sempah ke Gombak.
➡️Status terkini: Lorong kanan arah Barat dan lorong kanan arah timur masih terhalang (crossbound). Trafik sesak tetapi terkawal.
Berhati-hati. https://t.co/e3D7qkj7Zj pic.twitter.com/o8e7gflPj2
Video menunjukkan treler milik ATM itu semasa terbalik di atas permukaan jalan raya yang licin itu juga tular selepas dimuat naik semula di laman TikTok (@utusantvofficial).
Malah, beberapa pengguna jalan raya yang berada di kawasan kemalangan juga sempat merakam video memperlihatkan keadaan selepas kemalangan membabitkan treler tersebut.
Tentera Darat Malaysia (TDM) Sahkan Kemalangan Yang Berlaku
Menerusi kenyataan oleh Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dimuat naik di laman Facebook rasmi mereka, TDM telah mengesahkan bahawa sebuah Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) dari 4 Kompeni Angkat Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua buah Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) terlibat dalam kemalangan.
Jelas TDM lagi, kenderaan tersebut telah bergerak secara konvoi bersama enam KPKP yang membawa 12 KJA dai Kem Batu 10, Kuantan, Pahang menuju ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Kelantan untuk Latihan Peningkatan Tempur (LPT).
Hasil siasatan awal mendapati bahawa insiden berkenaan berlaku selepas KPKP cuba untuk mengelak sebuah treler awam yang menukar haluan dan masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba.
Pemandu kemudiannya hilang kawalan dan terbabas ke jalan bertentangan disebabkan oleh keadaan jalan raya yang licin akibat hujan.
“Kerosakan adalah keseluruhan bahagian Prime Mover KPKP manakala tiada kerosakan pada KJA dan pemandu KPKP tidak mengalami kecederaan,” kata TDM dalam kenyataannya.
TDM telah menggerakkan sebuah kenderaan KEMABLIK dari pasukan Rejimen Pertama Kor Amor Diraja (1 KAD Mek) dari Kem Batu 10, Kuantan dan sebuah KPKP dari Kem Perdana Sungai Besi ke lokasi kemalangan.
Ia adalah untuk membantu membuat penarikan KPKP dan pengambilan dua buah KJA yang terlibat dalam kemalangan.
Susulan itu, pihak TDM bakal menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.