Presiden Perancis Minta Penggambaran ‘Emily In Paris’ Kekal Di Paris, Dakwa Tak Masuk Akal Jika ‘Shooting’ Di Rome
Presiden Perancis Emmanuel Macron berpendapat lokasi penggambaran yang mahu dilakukan di Rome adalah tidak masuk akal memandangkan tajuk drama siri itu adalah ‘Emily In Paris’.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi anda yang suka layan drama dan filem di platform penstriman Netflix pastinya mengetahui tentang salah satu drama bersiri popular ini iaitu ‘Emily In Paris’ yang dilakonkan oleh Lily Collins sebagai watak utama.
Sehingga September lalu, siri ini telah ditayangkan sebanyak empat musim dengan jumlah 40 episod keseluruhannya.
Katanya nanti akan ada sambungan drama tersebut untuk musim kelima pula selepas ia diumumkan sendiri oleh pelakon utama ‘Emily In Paris’ dalam sebuah rancangan ‘Good Morning America’.
Tak sabarnya! 😍
Presiden Perancis Tak Setuju Penggambaran ‘Emily In Paris’ Dibuat Di Rome
Namun di sebalik keterujaan peminat ‘Emily In Paris’ ini, Presiden Perancis Emmanuel Macron pula meluahkan rasa sebaliknya apabila kurang setuju dengan penggambaran siri tersebut yang dikatakan akan berlangsung di Rome.
Memetik laporan MalayMail, Emmanuel Macron berazam untuk mengekalkan lokasi penggambaran siri Netflix Emily In Paris hanya di Perancis walaupun sudah mendapat pengesahan yang musim kelima akan dilakukan di ibu negara Itali itu.

Beliau turut berpendapat lokasi penggambaran yang mahu dilakukan di Rome adalah tidak masuk akal.
“Kami akan berjuang bersungguh-sungguh. Dan kami akan meminta mereka untuk kekal di Paris. ‘Emily In Paris’ di Rome tidak masuk akal,” kata Emmanuel ketika temuabual bersama majalah Variety semalam (9 Oktober).
Jelasnya lagi, siri tersebut telah memberi banyak impak positif terhadap pelancongan Perancis apabila pelbagai budaya dan gaya hidup negaranya yang dipamerkan kepada penonton seluruh dunia.
Selain itu, Emmanuel turut berasa bangga apabila isterinya, Brigitte Macron juga membuat kemunculan sebagai cameo dalam siri berkenaan pada musim keempat.

(Sumber: Netflix)
Datuk Bandar Rome Beri Respon Terhadap Kenyataan Presiden Perancis
Menerusi ciapan dimuat naik di laman X milik Datuk Bandar Rome iaitu Roberto Gualtieri, beliau memberi respon terhadap kenyataan Emmanuel yang tidak mahu penggambaran siri ‘Emily In Paris’ dibuat di Rome.
“Kepada Emmanuel Macron, jangan risau. Emily baik-baik sahaja di Rome. Hati seseorang tidak boleh dikawal, biar dia yang pilih sendiri,” ciapan Gualtieri di laman X.
Caro @EmmanuelMacron stai tranquillo: Emily a Roma sta benissimo. E poi al cuor non si comanda: facciamo scegliere lei 😉https://t.co/n0EgAfMhrl
— Roberto Gualtieri (@gualtierieurope) October 9, 2024
Memetik The Hollywood Reporter Roma, Gualtieri dalam kenyataannya turut mempersoalkan sama ada Emmanuel tidak mempunyai perkara lain untuk dibimbangkan.
Gualtieri berkata, “Saya berharap Macron hanya bergurau kerana dia sepatutnya tahu bahawa syarikat produksi seperti Netflix tidak menerima pesanan daripada ketua negara atau membuat keputusan berdasarkan tekanan politik.”
Memetik sumber CNN, dianggarkan satu persepuluh pelancong melawat Perancis selepas menonton filem atau siri tertentu dan dalam 38% daripada itu, ‘Emily In Paris’ turut menyumbang kepada tarikan pelancong dari luar negara.
Sinopsis Tentang Siri Netflix ‘Emily In Paris’

Untuk anda yang belum pernah menonton siri Netflix ‘Emily In Paris’, rancangan ini mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat berusia 20an dari Chicago telah berpindah ke Paris atas tujuan pekerjaan.
Namun selepas beberapa tempoh dan kejayaan yang dilakukan di Perancis itu, dia ditawarkan untuk kekal di Paris dan mula membina kehidupan di sana.
Watak Emily itu secara tidak langsung mula mempelajari tentang budaya kehidupan yang diamalkan oleh masyarakat Perancis, terutamanya di Paris.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



