Now Reading
Amaran Risiko Gelombang Keempat Pandemik Covid-19 Telah Dikeluarkan

Amaran Risiko Gelombang Keempat Pandemik Covid-19 Telah Dikeluarkan

Amaran telah dikeluarkan. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jangan lupa SOP. #kitajagakita

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Malaysia kini berada di landasan gelombang keempat pandemik Covid-19.

Data yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selama dua minggu ini menunjukkan bahawa wabak coronavirus di seluruh negara adalah ‘tidak stabil’. Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan bahawa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Kelantan kini telah dilanjutkan dari 15 hingga 28 April.

Ismail Sabri turut menekankan bahawa rakyat Malaysia harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP), terutama pada bulan Ramadan ini.

Beliau turut menambah bahawa larangan perjalanan merentas negeri di seluruh negara akan tetap berlaku kecuali untuk aktiviti berkaitan pelancongan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga menyuarakan rasa khuatir terhadap jumlah jangkitan yang semakin meningkat.

Beliau berkata bahawa Malaysia sedang menuju ke arah bahaya kerana angka jangkitan negara atau jumlah R0 (R-naught) kini dilihat terus meningkat melepasi 1.0.

Angka terbaru yang dikeluarkan pada 13 April juga menunjukkan bahawa negara kini mempunyai lebih banyak kes berbanding ramalan sebelum ini yang dibuat berdasarkan kadar jangkitan negara.

(Kredit: DGHisham/Facebook)

Sehingga 12 April, 362.173 kes Covid-19 telah dilaporkan di negara ini, dengan 15.835 kes aktif dan 1.333 yang telah meninggal dunia.


Kongsi pendapat anda bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd