Now Reading
Pilot Malaysia Airlines Tular Dengan Aksi Landing Smooth Di Heathrow, London

Pilot Malaysia Airlines Tular Dengan Aksi Landing Smooth Di Heathrow, London

Menurut Kapten Ari, beliau telah mempunyai pengalaman menjadi pilot selama 30 tahun dan bermula seawal usia 19 tahun untuk Malaysia Airlines.

In Brief
  • Kapten Ari dari Malaysia Airlines tular di media sosial selepas video pendaratan mulus beliau di Heathrow, London mendapat 13.6k likes.
  • Kapten Ari berkongsi bahawa cabaran sebenar pendaratan pesawat adalah cuaca, bukan lapangan terbang itu sendiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kapten Megat Arizal atau mesra dikenali sebagai Kapten Ari merupakan seorang pilot dari Malaysia Airlines yang tular di media sosial selepas memuat naik satu video.

Video yang dikongsi menerusi Threads melihat Kapten Ari mengendalikan pesawat model A359 mendarat dengan penuh sopan santun di Lapangan Terbang Heathrow, London.

Kepakaran Kapten Ari yang kelihatan halus telah mencuri hati ramai rakyat Malaysia sehingga meraih pelbagai reaksi positif dalam masa singkat.

Ramai Orang Malaysia Memuji Smooth Landing Dari Kapten Ari

Gambar kiri, Kapten Ari (kiri) bersama rakan tugasnya. (Foto: @ari7474 / Threads)

Menerusi video tersebut, Kapten Ari dilihat mengemudi pesawat penerbangan MH4 untuk mendarat di landasan 09L, Lapangan Terbang Heathrow.

Setakat ini, video tersebut berjaya mengumpul 13.6k likes dan 137 komen daripada pengguna lain.

Ramai kagum melihat betapa lembut, sopan dan anggunnya Kapten Ari mengemudi pesawat itu, ibarat seekor burung yang hinggap perlahan di landasan tersebut.

Kapten Ari sendiri turut bergurau menerusi hantarannya, “Copilot saya puji mengatakan landing cantik. Cakap macam ikhlas, so saya percaya kan, MH4 ke LHR 09L.”

Segelintir pengguna turut mengaitkan landing tersebut dengan salah satu prinsip Rukun Negara secara berjenaka.

“Ni la contoh landing “Kesopanan & Kesusilaan” tu,” tulis pengguna (@fadz_salesadvisor).

Seorang lagi, (@jajasariza) berkata, “Sopan sangat masalahnya. Mujur tak tunjuk macam melintas depan orang tua.”

Malah, pengguna (@ixxtnl) turut berkata, “Saya lihat landing Kapten dari angle lain. Kesopanan dan kesusilaan. Maka kami! Tahniah Kapten.”

Ada juga menggelar Kapten Ari sebagai seorang smooth operator selepas melihat video tersebut.

Kapten Ari Kongsi Cabaran Sebenar Ketika Mendaratkan Pesawat

Berikutan video yang tular itu, Kapten Ari dijemput ke HotFM untuk berkongsi cerita di sebalik bakatnya.

Dia ditemu bual oleh dua penyampai radio, iaitu Fara dan AG.

Apabila ditanya oleh Fara sama ada mendaratkan pesawat di Heathrow memang satu cabaran, Kapten Ari menjelaskan punca sebenarnya bukan terletak pada lapangan terbang itu.

“Sebenarnya bukan kat Heathrow je. Heathrow adalah lapangan terbang besar dan sibuk. Cabarannya apabila nak mendarat ialah cuaca,” ujar Kapten Ari.

Seterusnya, AG bertanya pula tips untuk menenangkan penumpang yang takut ketika menaiki pesawat.

Menjawab soalan itu, Kapten Ari memberi jaminan bahawa rasa bergoyang ketika penerbangan sebenarnya perkara biasa.

“Biasanya yang gegaran ini tiada apa sebenarnya. Dia bergoyang dekat situ sahaja. Sayap tu goyang sedikit dan terasa lebih dalam kabin tu. Jangan panik,” jelasnya.

Dalam masa sama, Kapten Ari turut berkongsi bahawa dia kana memberitahu penumpangnya lebih awal setiap kali pergolakan (turbulence) bakal berlaku.

“Biasanya saya akan buat announcement lebih awal sebagai amaran untuk turbulence,” kata Kapten Ari.

Dia turut memberikan contoh pengumuman yang biasa dilakukan kepada penumpang dalam kabin.

“Assalamualaikum, tuan-tuan dan puan-puan ini kapten anda bercakap, dalam masa lebih kurang lagi 10 minit. Kita akan mengalami sedikit gangguan udara.

“Oleh itu, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan, sentiasa memakai tali pinggang keledar. Terima kasih.”

Suara pengumuman tersebut bukan sahaja membuatkan para penyampai radio terpukau. Malah, turut dipuji oleh pengguna media sosial.

“Pilot kalau buat pengumuman memang sedap suara mereka,” tulis seorang pengguna.

Kapten Ari turut berkongsi mula menyertai Malaysia Airlines seawal usia 19 tahun dan kini mempunyai hampir 30 tahun pengalaman menjadi seorang pilot.

Mendarat Pesawat Bukan Semudah Yang Dijangka

Pesawat mendarat. (Foto: Gainsberg Injury)

Melihat kepakaran Kapten Ari, mungkin ramai tertanya sama ada sesiapa sahaja mampu melakukan pendaratan selancar itu.

Hakikatnya, tidaklah semudah disangka.

Menurut American Flyers, setiap pergerakan pesawat mempunyai tiga bahagian asas, iaitu permulaan, pergerakan utama dan pemulihan.

Malah, setiap bahagian itu pula mempunyai langkahnya tersendiri yang perlu diikuti dengan teliti.

Sebenarnya, apa yang membuatkan pendaratan begitu mencabar adalah kerana ia melibatkan satu pergerakan lancar sehingga tayar mencecah landasan.

Manakala itu, jurulatih dari North London Flying School, Graham Stables menyatakan bahawa mendaratkan pesawat ialah salah satu perkara paling susah untuk seorang pilot baharu.

Ini kerana, seorang pilot perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 20 jam latihan sebelum dibenarkan terbang secara sendirian.

Selain latihan, teknik turut memainkan peranan penting dalam memastikan pendaratan berjalan lancar.

Menurut Straits Times, sesetengah pilot akan menggunakan teknik crabbing ketika berdepan keadaan angin lintang.

Teknik itu melihat pesawat digerakkan dalam kedudukan serong dengan bahagian hidungnya menghala ke arah angin sambil meluncur menuju landasan untuk mendarat dengan selamat walaupun berdepan cuaca buruk.

View on Threads

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd