Now Reading
Warga Emas Jatuh Di Rumah, Sarawak General Hospital Usaha Cari Waris Terdekat

Warga Emas Jatuh Di Rumah, Sarawak General Hospital Usaha Cari Waris Terdekat

Chin ditemui orang ramai selepas terjatuh di hadapan rumahnya. Sehingga kini usaha mengesan waris masih belum berjaya.

In Brief
  • Chin Kim Chiang, 68, was found injured after a fall outside his home and is currently receiving treatment at Sarawak General Hospital.
  • SGH is seeking help to locate his next of kin, believed to include a son named Gordon Chin Wei Lin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sarawak General Hospital (SGH) kini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan waris seorang pesakit lelaki berusia 68 tahun, Chin Kim Chiang.

Menurut hospital itu, Chin dilaporkan ditemui oleh orang ramai selepas terjatuh di hadapan rumahnya.

Chin kemudian dibawa ke SGH untuk mendapatkan rawatan.

Usaha Mengesan Waris Masih Belum Membuahkan Hasil

Didakwa tiada sebarang saksi ketika kejadian itu berlaku.

Oleh itu, pihak hospital menghadapi kesukaran untuk mengesan ahli keluarga Chin.

Setakat ini, usaha menjejaki warisnya dengan bantuan komuniti tempatan masih belum membuahkan hasil.

Menurut pihak hospital, seorang jiran menyatakan bahawa Chin mempunyai seorang anak lelaki bernama Gordon Chin Wei Lin.

Kini, SGH sedang berusaha untuk menghubungi Gordon.

Ahli keluarga, atau sesiapa yang mampu membantu mengesan waris pesakit, diminta tampil memberikan maklumat.

Orang ramai turut boleh menghubungi Pegawai Kerja Sosial Perubatan, Mohammad Aizzat Mahdi di talian 082-276666 (sambungan 4338) pada waktu pejabat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd