Wanita Malaysia Raih Kad Mew ex FUR, Antara Nilai Tertinggi Dalam Set M6a Pokémon Jepun
Pokémon melancarkan M6a MEGA Expansion Pack 30th CELEBRATION edisi Jepun ini memperkenalkan dua kad yang jarang ditemui baharu, Futuristic Rare (FUR), dalam bentuk Mew ex dan Mewtwo ex.
- Seorang wanita Malaysia bernama Zane mendapat kad Mew ex FUR bernilai RM826 hanya dengan membeli satu pek M6a berharga RM35.
- Kad Mew ex FUR ialah kad keempat termahal dalam pek M6a, dengan hanya satu kad FUR ditawarkan dalam sekotak 20 pek.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak kemunculannya pada tahun 1996, francais Pokémon kini menyambut ulangtahun ke-30 Pokémon Trading Card Game (TCG).
Sempena sambutan ini, Pokémon melancarkan M6a MEGA Expansion Pack 30th CELEBRATION edisi Jepun pada 16 September lalu.
Merangkumi 20 pek booster dalam satu kotak, dengan enam kad holografik, set tambahan ini serta-merta menjadi buruan para peminat kad Pokémon.
Baca Artikel Berkaitan: Pokemon Center Pop-Up Store Pertama Di Malaysia Dibuka Di KLCC September Ini
M6a Perkenal 2 Kad Futuristic Rare Buat Kali Pertama
Bukan itu sahaja, set kad ini menampilkan 30 kad Pikachu unik dengan reka bentuk yang berbeza.
Tedapat juga Classic Collection ikonik cetakan semula bagi menampilkan sejarah Pokémon TCG selama tiga dekad.
Malah, M6a turut memperkenalkan dua kad yang jarang ditemui baharu, Futuristic Rare (FUR), termasuk Mew ex dan Mewtwo ex rekaan artis Jepun, YOSHIROTTEN.

Siapa sangka, salah satu daripada kad FUR yang baru diperkenalkan dalam pek M6a ini telah selamat dalam genggaman seorang wanita Malaysia!
Wanita Malaysia Raih Kad Mew ex FUR Setelah Beli Hanya 1 Pek M6a
Menerusi video dimuat naik di Threads, @syznesl._, kelihatan wanita itu amat terkejut saat mendedahkan kad Mew ex 135/103 FUR (ミュウ ex) daripada pek M6a yang baru sahaja dibeli.
Dia yang dikenali sebagai Zane membeli hanya satu pek kad (merangkumi enam keping kad) pada harga RM35 ketika menemui kad Mew ex tersebut. Memang bertuah!
Merupakan seorang hunter kad Pokémon, dia tidak menyangka akan mendapat antara kad yang menjadi buruan ramai itu, atau dikenali sebagai top chase card, sebaliknya menginginkan kad Pikachu ex atau Lugia.
“Boyfriend memang kumpul (kad Pokémon) sejak kecil dan dia hasut saya untuk kumpul juga. Dah jadi rutin kita orang setiap hujung minggu pergi Amcorp atau KoleQ,” katanya.
Bercakap kepada TRPbm, Zane berkata terdapat enam kad dalam pek M6a tersebut berbanding hanya lima kebiasaannya dalam edisi Jepun. Namun sempena ulangtahun ke-30 Pokémon TCG, peminat akan menerima satu kad Pikachu tambahan.
View on Threads
Hanya 1 Kad FUR Ditawarkan Dalam Sekotak Pek M6a
Menurut Samurai Sword Tokyo yang memetik PokeBeach, hanya terdapat satu kad FUR dalam set kotak 20 pek M6a, sama ada Mew ex atau Mewtwo ex.
Pokémon menerangkan FUR sebagai karya seni dengan warna dan cahaya terang yang “membangkitkan harapan terhadap masa depan yang tidak diketahui”.
Dari segi permainan kad, berbeza dengan kad Mew biasa, Mew ex FUR mempunyai kemampuan きおくのらせん (Memory Helix).
Dengan kemampuan ini, Mew tersebut boleh menggunakan sebarang serangan yang terdapat pada Bench Pokémon pemegang kad itu.
Ini bermakna kekuatan kad Mew ex FUR turut bergantung kepada kekuatan Pokémon lain yang dimiliki oleh seseorang pemain.

Mew ex FUR Kad Ke-4 Termahal Dalam Pek M6a
Buat anda yang baru ke dunia Pokémon TCG, kad Mew ex FUR mempunyai antara nilai paling tinggi dalam pek M6a MEGA Expansion Pack 30th CELEBRATION.
Berdasarkan Fuji Card Shop, Mew ex FUR merupakan kad keempat termahal dalam pek booster tersebut, dengan nilai dianggarkan sekitar ¥31,800 (RM826).
Ini bermakna Zane akan dapat meraih keuntungan hampir RM800 hanya dengan menjual kad Mew ex FUR itu!
Kad lain dengan nilai tertinggi dalam pek M6a ialah:
- Magikarp (Classic reprint) – ¥10,800 (RM280)
- Gengar ex SAR – ¥11,800 (RM306)
- Mew ex SAR – ¥13,800 (RM358)
- Charizard (Classic reprint) – ¥16,800 (RM436)
- Pikachu ex SAR – ¥18,800 (RM488)
- Lugia (Classic reprint) – ¥22,800 (RM592)
- Mewtwo ex FUR – ¥25,800 (RM670)
Selepas Mew ex FUR, kad Mew RGC (Red, Green, Blue) jauh meninggalkan nilai kad-kad lain, dengan harga mencecah puluh ribuan ringgit.
- Mew Red (R/RGB) – ¥1,280,000 (RM33,256)
- Mew Green (G/RGB) – ¥998,000 (RM25,929)
- Mew Blue (B/RGB) – ¥1,180,000 (RM30,657)

Baca Artikel Berkaitan: 10 Kad Pokémon Paling ‘Rare’ Menjadi Buruan Pengumpul Kad – Ada Yang Berharga Siap Boleh Beli Rumah!
Baca Artikel Berkaitan: Kad Pokémon Yang Sepatutnya Belum Wujud Muncul Di Malaysia, Disyaki Dicuri Dari Kilang
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Berjaya Jual Koleksi Kad Pokémon Pada Harga RM1,870,000, Siap Ada Kad Edisi Holo Terhad!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.