Now Reading
Secangkir Kopi Bakal Ditutup Selepas Pemergian Arwah Sofiya, Hari Terakhir Buka 4 September

Secangkir Kopi Bakal Ditutup Selepas Pemergian Arwah Sofiya, Hari Terakhir Buka 4 September

Hari terakhir operasi Secangkir Kopi ialah pada hari ini (4 September), bermula dari 3 petang hingga 9 malam.

In Brief
  • Secangkir Kopi di Kuantan akan ditutup selepas pemergian pemiliknya, Sofiya, yang terkorban dalam kemalangan pada 31 Ogos.
  • Abang Sofiya, Rifqi, mengumumkan hari terakhir operasi kafe itu, dengan jualan kek dan kopi terhad kepada pelanggan.
  • Stok dan perkakas Secangkir Kopi akan dilelong, dengan hasil jualan digunakan untuk menjelaskan hutang tertunggak pemiliknya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Negara baru-baru ini digemparkan dengan berita kemalangan maut yang meragut nyawa Nur Atiqah Sofiya Mohd Kazwan, 32, pemilik kafe Secangkir Kopi di Kuantan, Pahang.

Turut terkorban bersama-samanya ialah suami Muhammad Nazatul Nazmi, 32, serta anak mereka berusia empat tahun.

Insiden tersebut yang berlaku pada 31 Ogos lalu di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) membabitkan 11 kenderaan yang meragut empat nyawa.

Secangkir Kopi Bakal Ditutup, Hari Terakhir Operasi Pada Hari Ini

Semalam (3 September), abang kepada arwah Sofiya, Mohd Hafiz Rifqi, mengumumkan keputusan keluarga mereka untuk tidak meneruskan lagi operasi Secangkir Kopi.

Rifqi berkata keputusan sukar itu dibuat kerana kafe tersebut sudah tidak mempunyai ‘nyawa dan roh’, serta mereka sekeluarga tiada kepakaran untuk menghasilkan kek unik seperti arwah adik mereka.

Dalam pada itu, mereka telah menetapkan hari ini (4 September), sebagai hari terakhir operasi Secangkir Kopi, bermula dari pukul 3 petang hingga 9 malam.

Setiap Pelanggan Hanya Boleh Beli 1 Kek, Kopi Terhad Pada 300 Cawan

Pun begitu, Rifqi berkata fokus hanya akan diberikan terhadap penjualan kopi dan kek hasil air tangan arwah dengan stok yang terhad.

“Kami terpaksa hadkan satu kek setiap pelanggan untuk esok (hari ini) dan kopi juga terhad kepada 300 cawan sahaja,” katanya.

Dalam masa sama, stok dan perkakas di Secangkir Kopi akan dilelong sempena penutupannya dengan duit jualan digunakan untuk menyelesaikan hutang tertunggak pemiliknya jika ada.

Rifqi turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang setia menyokong Secangkir Kopi selama kafe itu beroperasi.

View on Threads

Ramai Minta Secangkir Kopi Dikekalkan, Namun Keputusan Keluarga Muktamad

Berita penutupan Secangkir Kopi sememangnya menyentuh hati orang ramai, lebih-lebih lagi mereka yang pernah berkunjung sendiri ke kafe itu atau berurusan dengan arwah Sofiya.

Ada juga yang meminta agar Secangkir Kopi dikekalkan atau dijual kepada pemilik lain untuk diteruskan.

Rifqi yang juga merupakan peniaga dalam industri F&B berkata dia sebenarnya mempunyai kemampuan untuk menyambung perniagaan itu, tetapi memilih untuk tidak meneruskannya.

“Saya percaya apa sahaja keputusan saya buat untuk kafe arwah adik saya, beliau pasti setuju kerana arwah sentiasa mencari saya untuk panduan dalam perniagaan beliau,” katanya yang pernah menjadi penasihat buat arwah Sofiya.

Mengulas tentang pendapat agar perniagaan itu dijual kepada individu lain, Rifqi berkata keputusan itu tidak boleh dibuat olehnya.

Sebaliknya tuan tanah di mana Secangkir Kopi berdiri perlu memilih penyewa seterusnya.

Kata tuan tanah, sukar untuk mencari penyewa yang berdisiplin seperti arwah Sofiya yang telah pun menjelaskan bayaran sewa bagi bulan September dengan lebih awal.

View on Threads

Peminat Secangkir Kopi Sedih Dengan Berita Pemergian Pemiliknya

Pemergian arwah Sofiya pada 31 Ogos lalu telah mengejutkan orang ramai yang berkongsi rasa sedih selepas menerima berita kejadian tersebut.

Mereka turut mengucapkan takziah di samping mengimbau kembali detik-detik manis ketika berkunjung ke Secangkir Kafe.

Antara kek yang dihasilkan oleh arwah Sofiya. (Foto: IG @secangkircafe)

Malah, pelakon terkenal Kamal Adli turut berkongsi bahawa dia baru sahaja mengunjungi kafe itu seminggu sebelum kejadian, yang membuatkan arwah Sofiya berasa amat teruja.

View on Threads

Rifqi sebelum ini memaklumkan bahawa arwah Sofiya mempunyai minat mendalam dalam dunia bakeri sebelum membuka perniagaannya.

Bukan sahaja dikenali sebagai pemilik kafe, arwah juga pernah bergiat aktif sebagai seorang jurugambar.

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Memang Minat Buat Kek” – Pemergian Pemilik Secangkir Kafe Buat Ramai Sedih


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd