Now Reading
5 Pembeli Terpantas Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Bakal Diterbangkan Ke Dolomites, Itali

5 Pembeli Terpantas Sambal Nyet Bilis Khairul Aming Bakal Diterbangkan Ke Dolomites, Itali

Mereka yang berminat untuk menyertai giveaway tersebut perlu membuat pembelian lima botol Sambal Nyet Bilis.

In Brief
  • Lima pembeli terawal Sambal Nyet Bilis pada 7 Ogos akan memenangi percutian penuh ke Dolomites, Itali bersama team KA.
  • Pembeli mesti membeli lima botol dan membayar melalui DuitNow atau FPX sahaja untuk layak menjadi pemenang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Orang ramai pastinya menanti-nantikan produk terbaharu oleh usahawan Khairul Aming, Sambal Nyet Bilis, yang akan mula dijual pada minggu ini.

Terbaharu, satu lagi berita gembira diumumkan oleh pempengaruh terkenal itu yang tentunya menarik perhatian ramai.

Menerusi hantaran di media sosial, Khairul Aming berkata satu giveaway akan diadakan sempena pelancaran 125,000 botol Sambal Nyet Bilis Jumaat ini (7 Ogos).

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Keluarkan Produk Baharu Sambal Nyet Bilis, Siap Turun Padang Cari Bahan Berkualiti!

Bagaimana Untuk Jadi Pemenang Giveaway Sambal Nyet Bilis?

Menerusi giveaway tersebut, lima pembeli terawal Sambal Nyet Bilis pada jam 9 malam Jumaat ini (7 Ogos) akan memenangi percutian ke Dolomites, Itali bersama team KA pada Oktober tahun ini.

Untuk melayakkan diri sebagai pemenang, pembeli perlu membuat pembelian lima botol Sambal Nyet Bilis dan menjadi yang lima terawal melengkapkan transaksi.

Pembayaran pula WAJIB dilakukan menerusi DuitNow atau FPX online banking sahaja tidak kira mana-mana bank.

Penggunaan Kad Debit, Kad Kredit, eWallet mahupun PayLater bagi tujuan pembayaran akan menyebabkan pembeli dikecualikan daripada menjadi pemenang.

KA akan memilih lima pemenang tertakluk kepada terma dan syarat.

Pemenang Boleh Bawa ‘Plus One’, Bakal Daki Pergunungan Dolomites Di Itali

Dalam masa sama, KA turut memberi bayangan antara aktiviti akan dilakukan apabila lima pemenang diterbangkan ke Eropah kali ini.

Perjalanan akan bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Venice Marco Polo Airport di Venice, yang terletak di timur laut Itali.

Mereka akan meluangkan sedikit masa di Venice sebelum memulakan road trip ke pekan bersejarah, Verona.

Perjalanan kemudiannya akan diteruskan ke Dolomites yang terkenal dengan pemandangan banjaran gunung yang menakjubkan.

“Dekat situ, cantiknya. Tiada kata-kata yang boleh ceritakan kecantikan alam semula jadi di situ,” katanya.

KA bagaimanapun mengingatkan orang ramai bahawa trip tersebut akan merangkumi aktiviti pendakian untuk menyaksikan pemandangan di sekitar gunung berkenaan. Kena pastikan korang ‘fit’ okay.

Bukan itu sahaja, lima pemenang bertuah juga boleh membawa plus one bersama dalam percutian yang ditaja sepenuhnya oleh KA itu. Memang syok!

KA Kongsi Pengalaman Trip Bersama Pemenang Ke NZ Tahun Lepas

Ramai pasti ingat bahawa KA telah membawa lima pemenang yang menjadi pembeli Rendang Nyet Berapi terpantas ke South Island, New Zealand tahun lepas.

Dia turut mengimbau kembali pengalaman ketika trip ke NZ, di mana mereka juga telah mendaki di sekeliling gunung sebelum menaiki helikopter untuk bermain salji di puncak.

Antara aktiviti lain yang telah dilakukan di NZ ketika itu termasuklah berpiknik di tepi tasik, stargazing di tengah hutan, menaiki cruise, melawat ladang buah, dan tidak dilupakan sesi memasak bersama KA.

“KA jadi tukang masak korang. Minta je nak makan apa. Nanti kita cari tempat cantik untuk piknik, KA masakkan,” katanya.

KA turut menceritakan bagaimana lima individu tahun lepas berjaya memenangi giveaway yang dilakukan secara rawak.

“Ada yang masa tu internet satu bar, ada yang baru lepas susukan anak, ada dalam kereta on the way nak bersukan. Yang menang tu pula ada yang doktor gigi, pencen askar, pelajar.

“Sangat random! Tapi itulah membuktikan siapa-siapa pun boleh dapat (menang) sebenarnya,” ujar KA.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Buat Giveaway Trip Ke NZ, Kena Jadi 5 Pembeli Rendang Nyet Berapi Terpantas!

Lebih Banyak Bahan Digunakan, Sambal Nyet Bilis Dijual Pada Harga RM15.99 Sebotol

Dalam hantaran lain, KA berkata Sambal Nyet Bilis dihasilkan dengan tujuan untuk membangkitkan aroma seperti sambal ‘orang-orang dahulu’.

Antara perbezaan utama produk baharu ini dengan Sambal Nyet Berapi adalah penggunaan lebih banyak bahan termasuk ikan bilis mata biru, cili hijau dan belacan.

KA turut mengingatkan orang ramai agar tidak terkejut dengan jumlah minyak di dalam sambal tersebut dan menggaul semuanya sehingga sebati sebelum dimakan.

Sambal Nyet Bilis boleh didapatkan pada harga Rm15.99 sebotol dengan berat 180 gram.

Jangan lupa battle Sambal Nyet Bilis pada 9 malam Jumaat ini, di sesi siaran langsung TikTok Live Shop di akaun @khairulaming.

Baca Artikel Berkaitan: Dendeng & Sambal Nyet Berapi Khairul Aming Terima Sijil Pengesahan Halal JAKIM


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd