Now Reading
Khairul Aming Keluarkan Produk Baharu Sambal Nyet Bilis, Siap Turun Padang Cari Bahan Berkualiti!

Khairul Aming Keluarkan Produk Baharu Sambal Nyet Bilis, Siap Turun Padang Cari Bahan Berkualiti!

Team Khairulaming telah turun sendiri ke lautan di Setiu, Terengganu bagi menyaksikan proses menangkap ikan bilis dan ke sebuah ladang cili di Banting, Selangor.

In Brief
  • Khairul Aming announces his fourth product, Sambal Nyet Bilis, after months of preparation, featuring a stronger, more traditional flavour.
  • KA and his team visited Setiu, Terengganu and a chilli farm in Banting to personally source high-quality anchovies and chillies.
  • 125,000 bottles of Sambal Nyet Bilis will be launched via TikTok Live on Friday, 7 August at 9pm.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming sememangnya seseorang yang terkenal dengan bakat memasaknya sebelum memulakan perniagaan sendiri.

Menerusi jenama Khairulaming, setakat ini terdapat tiga produk yang dihasilkan iaitu Sambal Nyet Berapi, Dendeng Nyet Berapi dan Rendang Nyet Berapi.

Hari ini (3 Ogos), dia mengumumkan satu produk baharu yang menjadi produk keempat dalam rangkaian produk Khairulaming, iaitu Sambal Nyet Bilis.

Sambal Baharu Lebih ‘Kick’ Dengan Pelbagai Bahan

Menurut KA, sebelum ini hanya terdapat satu jenis sambal yang ditawarkan oleh Khairulaming iaitu Sambal Nyet Berapi.

Dengan produk terbaharu ini, dia berkata sambal yang dihasilkan mempunyai rasa yang lebih ‘kick’ dengan gabungan lebih banyak bahan-bahan berkualiti.

Jelasnya, produk itu bakal mula tersedia di pasaran selepas persiapan selama berbulan-bulan lamanya yang dilakukan oleh pihaknya.

Guna Ikan Bilis Untuk Dapatkan Rasa Tradisi

Menerusi video dimuat naik di media sosial, KA telah menerangkan serba ringkas mengenai proses yang terlibat dalam menghasilkan produk baharu itu.

Bagi mendapatkan bahan berkualiti tinggi, team KA telah turun padang sendiri.

In termasuklah berkunjung ke Setiu, Terengganu untuk menyaksikan sendiri bagaimana para nelayan mendapatkan ikan bilis di lautan.

“Lepas Subuh lagi kita berangkat ke tengah laut untuk mengenal pasti beberapa hotspot ikan bilis berkumpul. Bila dah jumpa, pukat pun diturunkan untuk perangkap ikan bilis,” katanya.

KA berkata melihat bagaimana ikan bilis ditangkap menimbulkan kesedaran bahawa tidak mudah untuk mendapatkan ikan bersaiz kecil itu.

Malah katanya bukan setiap hari para nelayan akan mendapat rezeki menangkap ikan bilis dengan banyak.

Foto: IG @khairulaming

Mengulas tentang penggunaan ikan bilis di dalam produk baharu itu, KA berkata ia bertujuan untuk memberikan rasa yang lebih kuat seperti sambal ‘orang dulu-dulu’.

Menurutnya, ikan bilis yang ditangkap akan dibersihkan satu persatu dan digoreng sehingga garing bagi mendapatkan tekstur yang cantik dan mengeluarkan aromanya ke dalam minyak masak.

Sambal Nyet Bilis Guna Lebih Banyak Cili Hijau

Berbeza dengan Sambal Nyet Berapi, KA berkata Sambal Nyet Bilis dihasilkan menggunakan lebih banyak cili hijau (75%) berbanding cili merah (25%).

Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai jenis cili dan bagaimana ia dihasilkan, team KA telah berkunjung ke sebuah ladang cili di Banting, Selangor.

KA menjelaskan bahawa penggunaan cili hijau bertujuan untuk menghasilkan rasa pedas sambal yang lebih lembut, berlemak dan wangi.

Foto: IG @khairulaming

Untuk menambahkan rasa umami di dalam sambal tersebut, KA turut mencampurkan tomato, daun limau purut dan belacan, memberikan rasa yang berbeza berbanding Sambal Nyet Berapi.

Seperti produk-produk Khairulaming yang lain, Sambal Nyet Bilis juga dihasilkan di tiga kilang di Kota Bharu, Kelantan.

125,000 Sambal Nyet Bilis Akan Dijual Pada Jumaat Ini

Menurut KA, sebanyak 12,000 botol sambal dapat dihasilkan di ketiga-tiga kilang itu setiap hari.

Dalam masa sama, dia turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menggajikan 100 anak tempatan yang setia berkhidmat selama enam tahun.

KA berkata Sambal Nyet Bilis kali ini diinspirasikan daripada rasa dan bahan tempatan, oleh anak tempatan untuk dinikmati satu dunia.

Sebanyak 125,000 botol Sambal Nyet Bilis akan dilancarkan menerusi live TikTok Khairulaming pada jam 9 malam, Jumaat (7 Ogos).


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd