Now Reading
Grab Beri Sokongan Terhadap Pemandu Pertahankan Agama Islam, Tiada Tindakan Dikenakan

Grab Beri Sokongan Terhadap Pemandu Pertahankan Agama Islam, Tiada Tindakan Dikenakan

Rakan-pemandu tersebut memaklumkan dia telah dihubungi pihak Grab Malaysia yang menjelaskan insiden tersebut bersifat ‘Defensive’ dan bukanlah ‘Harassment’.

In Brief
  • Grab Malaysia confirmed no action was taken against the driver, whose account remains active and is not under investigation.
  • The driver was informed by Grab that his actions were deemed "Defensive" and did not violate the company's ethics or policies.
  • Grab is cooperating with authorities to identify the passenger who made insulting remarks about the Quran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini , tular di media sosial video rakaman papan pemuka yang menyaksikan ketegangan berlaku antara seorang pemandu Grab dan penumpang didakwa seorang murtad dari Singapura.

Kedengaran penumpang tersebut mengeluarkan kenyataan yang sensitif mengenai agama Islam termasuk menuduh al-Quran sebagai satu ‘book of killing‘.

Pemandu berkenaan kemudiannya menegur penumpang tersebut dan memaklumkan bahawa dia merupakan seorang Muslim.

“Kalau abang dah keluar Islam, tak perlu hina agama saya. Agama saya jangan buat main,” katanya.

Perkara ini menyebabkan penumpang terbabit meminta maaf sebelum diingatkan sekali lagi agar tidak mempermainkan agama Islam.

Timbul Dakwaan Akaun Pemandu Akan Disekat

Sehubungan itu, timbul dakwaan bahawa akaun pemandu Grab tersebut besar kemungkinan akan disekat buat selama-lamanya disebabkan insiden yang berlaku.

“Kalau betul akaun Grab saya kena sekat, biarlah saya disekat dengan maruah dalam usaha mempertahankan agama dan kalam suci Allah SAW,” katanya.

Dia turut memberi pesanan kepada umat Islam agar tidak mendiamkan diri apabila agama dihina dan mempertahankan agama Islam.

Grab Malaysia Tidak Ambil Tindakan Terhadap Pemandu, Berhak Beroperasi Dalam Keadaan Selamat

Grab Malaysia dalam satu kenyataan mengambil maklum mengenai video tular di media sosial membabitkan seorang rakan-pemandunya dan penumpang.

Grab menegaskan bahawa tiada tindakan diambil terhadap akaun pemandu terbabit yang kekal aktif.

Jelasnya, pemandu tersebut tidak berada di bawah sebarang siasatan sewaktu pihaknya meneliti insiden yang berlaku.

Tambah Grab lagi, pihaknya mengutamakan keselamatan dan rasa hormat antara satu sama lain.

“Kami mempunyai dasar toleransi sifar dan Kod Etika kami melarang sebarang bentuk diskriminasi, ungkapan benci, atau gangguan di platform kami,” katanya.

Tegas Grab, kesemua rakan-pemandunya mempunyak hak untuk beroperasi dalam keadaan yang selamat dan saling menghormati.

Ketika ini, syarikat perkhidmatan pengangkutan itu sedang menghubungi rakan-pemandu yang terlibat dalam insiden berkenaan bagi menyediakan bantuan sewajarnya.

Grab turut bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan berhubung perkara ini.

“Kami meminta kerjasama daripada orang ramai dan ahli komuniti kami untuk kekal saling menghormati dan memberi ruang kepada pihak berkuasa serta pasukan kami untuk mengendalikan isu ini secara bertanggungjawab,” katanya.

Pemandu Sahkan Telah Dihubungi Grab, Minta Orang Ramai Tidak Boikot

Di ruangan komen, satu kenyataan baharu daripada pemandu terbabit telah dikongsi semula.

Katanya, dia telah dihubungi oleh pihak Grab Malaysia yang menjelaskan insiden tersebut bersifat ‘Defensive’ dan bukanlah ‘Harassment’ yang melanggar etika pekerjaan atau polisi Grab.

Dia menjelaskan bahawa akaunnya tidak akan dibekukan walaupun secara sementara dan siasatan juga tidak dilakukan ke atasnya.

Tambah pemandu itu, Grab Malaysia juga sedang membantu pihak polis bagi mengenal pasti suspek yang telah menghina al-Quran.

“Sebarang spekulasi saya harap telah selesai di antara pihak saya dan Grab Malaysia. Terima kasih yang membantu serta mendoakan saya, semoga segala kebaikan anda dibalas oleh Allah SAW,” katanya.

Pemandu tersebut turut memaklumkan bahawa dia tidak dapat melakukan perkhidmatan Grab buat sementara waktu kerana telefon bimbitnya telah diambil oleh pihak berkuasa yang melakukan siasatan lanjut.

“Teruskan menyokong Grab Malaysia kerana ada ramai saudara seIslam kita yang menampung keluarga mereka di Grab Malaysia,” ujarnya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd