DOLLA Terpilih Ke The A Festival Paris, Perkukuh Reputasi Dalam Industri Muzik Global
DOLLA dijadualkan beraksi di The A Festival 2026 pada 24 Oktober depan bertempat di Paris Event Center, Perancis.
- DOLLA telah dipilih untuk menyertai The A Festival Paris pada 24 Oktober 2026 di Paris Event Center, Perancis.
- Pemilihan DOLLA berasaskan reputasi mereka sebagai kumpulan pop paling berpengaruh di Asia Tenggara dengan identiti muzik unik.
- DOLLA turut melancarkan single baharu G.O.A.T menampilkan artis rap Thailand, F.HERO, kini tersedia di platform penstriman digital.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dari muzik tradisional hinggalah ke pop dan rock, Malaysia sememangnya kaya dengan genre muzik yang pelbagai.
Kini, kumpulan pop sensasi negara, DOLLA, bakal melakar nama di pentas antarabangsa apabila dipilih untuk menyertai festival muzik The A Festival Paris.
Dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Oktober 2026, The A Festival Paris akan diadakan di Paris Event Center, Perancis.
DOLLA Dipilih Kerana Antara Kumpulan Pop Paling Berpengaruh Di Asia Tenggara
Dengan pemilihannya untuk mewakili Malaysia, DOLLA bakal beraksi di samping barisan artis dan pemain industri muzik seluruh dunia, sekali gus memperluaskan pengaruh muzik negara di pentas global.
Menerusi satu kenyataan, reputasi DOLLA sebagai salah satu kumpulan pop paling berpengaruh di Asia Tenggara dengan persembahan bertenaga, kreativiti serta identiti muzik unik menjadi pengaruh kepada pemilihan trio itu.
Katanya, kumpulan itu terus mencipta nama dengan meraih jutaan peminat selain mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan pop terbesar di rantau ini, lapor Utusan.
“DOLLA telah membina reputasi menerusi persembahan yang bertenaga, kreativiti yang berani dan identiti seni yang tersendiri. Kumpulan ini terus menaikkan standard muzik pop moden sambil mengukuhkan kedudukan sebagai antara kumpulan pop terbesar di Asia Tenggara,” menurut kenyataan itu.
DOLLA dijadual membuat persembahan di The A Festival pada 24 Oktober depan, sekali gus menjadi wakil Malaysia yang bakal berkongsi pentas bersama barisan artis antarabangsa di festival berkenaan.
Memetik Harian Metro, DOLLA menyifatkan penyertaan mereka dalam festival itu sebagai bukti trio itu terus melangkah jauh dan mengangkat martabat muzik tempatan ke tahap lebih tinggi
Bukan sahaja mengukukuhkan kedudukan DOLLA sebagai bintang pop berpengaruh di Asia Tenggara, malah pemilihan itu pasti memikat hati jutaan peminatnya di seluruh rantau.
DOLLA Tampil Semula Dengan Lebih ‘Garang’, Bawa Single Baharu G.O.A.T (feat F.HERO)
Baru-baru ini, DOLLA muncul dengan penampilan baharu yang dilihat lebih ‘garang’ dan energetik berbanding diskografi mereka terdahulu.
Selepas akaun Instagram dikosongkan, hantaran sejak dua minggu lalu memberi fokus terhadap single terbaharu DOLLA, G.O.A.T (feat F.HERO).
Sebagai info, F.HERO atau nama sebenarnya Nattawut Srimok, merupakan seorang artis rap, penulis muzik dan pelakon dari Thailand.
G.O.A.T (feat F.HERO) kini boleh didengari menerusi platform penstriman digital Apple Music dan Spotify, manakala visualizer bagi lagu baharu itu akan tersedia bermula jam 9 malam 31 Julai di laman YouTube Premiere.
DOLLA Buktikan Kehebatan, Rangkul Beberapa Anugerah Muzik Tempatan
Ditubuhkan pada tahun 2019, DOLLA bermula sebagai kumpulan empat wanita hebat iaitu Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya.
Kejayaan mereka dalam industri muzik ditampilkan menerusi persembahan hebat bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di luar negara termasuk Singapura, China dan Indonesia.
Pada tahun 2021, hanya dua tahun selepas membuat debut pertama, DOLLA telah merangkul anugerah Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34.
Pengaruh DOLLA dalam industri muzik Malaysia dilihat semakin kuat susulan kemenangannya di beberapa anugerah lain termasuk:
- Anugerah MeleTOP Era 2021 – Artis Top Top MeleTOP (Kumpulan/Duo)
- Gempak Most Wanted Awards 2023 – Muzik Video Tergempak dan Lagu Trending Tergempak menerusi “BAD”
- ABPBH ke-35 2023 – Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
- ABPBH ke-36 2024 – Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
Pun begitu pada April 2024, ahli Syasya mengumumkan pengunduran dari kumpulan itu, menjadikan DOLLA kumpulan trio seperti dikenali sehingga ke hari ini.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.