Now Reading
Boost Lancar Siri Minuman Perisa Cherry Dalam Kolaborasi Bersama Coach

Boost Lancar Siri Minuman Perisa Cherry Dalam Kolaborasi Bersama Coach

Setiap pembelian bersaiz original bagi siri minuman Cherry Indulgence layak mendapatkan Coach Mini Spray Parfum Cherry di Coach Pop-Up sementara stok masih ada.

In Brief
  • Boost Juice Malaysia bekerjasama dengan Coach melancarkan siri minuman Cherry Indulgence dengan tiga perisa berbeza menggunakan buah ceri.
  • Pelanggan berpeluang memenangi Coach Cherry Parfum 50ml bernilai RM465 melalui giveaway eksklusif di Instagram Boost dan Luxasia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, ramai yang mula mengamalkan gaya hidup lebih sihat termasuklah dari segi pengambilan minuman.

Jangan ingat semua minuman ‘sihat’ tak sedap ya. Ada juga minuman sihat dalam bentuk smoothie yang menggabungkan rasa manis buah-buahan dengan khasiat tertentu.

Salah satu jenama smoothie yang cukup terkenal di Malaysia ialah Boost Juice yang menggunakan buah-buahan asli dalam resepinya.

Boost Lancar Siri Cherry Indulgence Dengan 3 Jenis Perisa

Baru-baru ini, Boost Juice Malaysia dalam satu kolaborasi bersama jenama mewah Coach, melancarkan siri minuman Cherry Indulgence.

Seperti namanya, siri ini mengetengahkan rasa buah ceri yang digabungkan dengan buah-buahan lain dan madu untuk memberi rasa manis yang lebih baik untuk kesihatan.

Terdapat tiga jenis perisa minuman yang ditawarkan di bawah siri Cherry Indulgence iaitu:

  • Cherry Mango Crush – Gabungan ceri, mangga, madu, jus epal, nektar mangga dan sorbet.
  • Cherry Strawberry – Gabungan ceri, strawberi, madu, jus epal, dan yogurt strawberi probiotik.
  • Cherry Black Forest – Gabungan ceri, madu, coklat, susu, yogurt vanila probiotik dan sorbet.

Dapatkan Coach Mini Spray Parfum Cherry Dengan Setiap Pembelian Saiz Ori Cherry Indulgence

Lebih menarik lagi, pelanggan berpeluang mendapatkan Coach Mini Spray Parfum Cherry dengan setiap pembelian bersaiz Original dari siri Cherry Indulgence ini.

Anda hanya perlu menunjukkan resit pembelian original di Coach Pop-Up di Suria KLCC (Concourse Level) dari 17 ke 26 Julai ini.

Hanya satu Coach Mini Spray Parfum boleh ditebus bagi setiap transaksi selagi stok masih ada.

3 Pemenang Bertuah Giveaway Bakal Bawa Pulang Coach Cherry Parfum

Sempena kolaborasi ini, Boost x Coach turut mengadakan giveaway eksklusif sebotol Coach Cherry Parfum 50ml bernilai RM465 kepada tiga pemenang bertuah.

Berikut merupakan cara-cara menyertai cabutan bertuah itu:

  • Ikuti akaun Instagram Boost dan Luxasia
  • Tinggalkan tanda suka (Like) pada hantaran di bawah
  • Di ruangan komen, lengkapkan ayat “Life is more vibrant when…”

Tempoh penyertaan berlangsung dari 17 hingga 26 Julai ini dan pemenang akan diumumkan pada 27 Julai.

Sebagai info Coach Cherry Parfum merupakan produk minyak wangi yang baru dilancarkan oleh jenama itu pada tahun ini.

Menurut Fragrantica, wangian khas untuk para wanita ini menampilkan gabungan bau buah-buahan dan bunga dengan top note Cherry, Italian Mandarin dan Pink Pepper, middle note Jasmine Sambac, Magnolia dan Rose, serta base note Tonka, Ambrofix™, Patchouli dan Verbena.

Orang ramai boleh merasai sendiri dan mendapatkan wangian baharu itu daripada Coach Cherry Pop-Up yang berlangsung di Suria KLCC sehingga 26 Julai ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd