Now Reading
IKEA Damansara Tayangkan Semi Final & Final Piala Dunia FIFA 2026, Siap Dapat Goodie Bag!

IKEA Damansara Tayangkan Semi Final & Final Piala Dunia FIFA 2026, Siap Dapat Goodie Bag!

Kemasukan ke ‘SPARKA Football Fever Watch Party’ di IKEA Damansara bagi menyaksikan sesi separa akhir dan akhir Piala Dunia FIFA 2026 adalah percuma.

In Brief
  • IKEA Damansara menganjurkan SPARKA Football Fever Watch Party percuma untuk separuh akhir (16 Julai) dan akhir (20 Julai) Piala Dunia FIFA 2026.
  • Penonton mendapat kopi percuma (free-flow) dan goodie bag termasuk beg IKEA, bantal bola, dan baucar RM10 IKEA Food.
  • Tempat duduk adalah terhad berdasarkan 'first come, first serve', dan penonton diingatkan mematuhi peraturan IKEA semasa acara berlangsung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Demam Piala Dunia FIFA 2026 sudah hampir ke penghujung apabila kejohanan itu kini memasuki fasa separa akhir dengan grand finale akan berlangsung pada 20 Julai.

Boleh dikatakan rata-rata peminat sukan bola sepak pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton perlawanan besar itu dalam suasana yang meriah.

Bukan sahaja di mamak atau kafe outdoor, IKEA juga menjadi salah satu tempat yang menayangkan perlawanan separa akhir dan akhir Piala Dunia.

IKEA Damansara Anjur Watch Party Bagi Semi Final & Final Piala Dunia FIFA

Sempena fasa separa akhir dan akhir bola sepak Piala Dunia FIFA 2026, orang ramai boleh hadir ke IKEA Damansara untuk menyaksikan perlawanan itu secara langsung.

Kemasukan ke SPARKA Football Fever Watch Party adalah percuma sahaja, namun tempat duduk adalah terhad dan bergantung kepada ‘first come, first serve’.

Lebih menarik lagi, penonton juga boleh menikmati kopi IKEA secara percuma (free-flow) untuk mendapatkan tenaga bagi berjaga hingga ke siang hari!

Penonton juga berpeluang menerima goodie bag setiap seorang sementara stok masih ada.

Jangan risau jika anda lapar, ini kerana kafe IKEA masih akan beroperasi dan penonton boleh memesan hidangan-hidangan tertentu termasuk:

  • Chicken Tenders
  • Chicken Wings
  • Curry Puff
  • Hot Dog
  • Naan Bread with Curry
  • Alaska Pollock Fish and Chips

Orang ramai dijemput datang ke IKEA Damansara pada jam 12 tengah malam sebelum tayangan bermula.

Berikut merupakan tarikh dan masa tayangan Piala Dunia FIFA 2026 di IKEA:

  • Separuh akhir: 16 Julai, 3am
  • Akhir: 20 Julai, 3am

Patuh Pada ‘House Rules’ Ketika Sesi Watch Party Di IKEA Damansara

Orang ramai bagaimanapun diingatkan agar mengikuti arahan yang ditetapkan oleh IKEA Damansara. Ini termasuklah:

  • Menghormati penonton lain dan kakitangan IKEA.
  • Tidak membawa masuk makanan dan minuman dari luar.
  • Penonton bawah 18 tahun perlu ditemani ibu, ayah atau penjaga sah.

Dalam masa sama, mereka yang berkunjung ke IKEA Damansara bagi watch party itu boleh menikmati parkir percuma selama tiga (3) jam dengan sebarang pembelian.

Orang ramai juga diingatkan bahawa kehadiran ke acara tersebut dianggap sebagai bersetuju untuk dirakam gambar dan video bagi tujuan pemasaran IKEA Malaysia.

IKEA juga mempunyai hak untuk mengubah atur cara program, melarang sesiapa daripada masuk ke acara atau mengeluarkan sesiapa daripada kawasan acara jika menunjukkan tingkah laku berbahaya.

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Tonton Game Sepanyol VS Perancis Di IKEA

Di media sosial, orang ramai telah berkongsi pengalaman mereka menyaksikan perlawanan separa akhir antara Sepanyol dan Perancis di IKEA lewat pagi tadi (15 Julai).

Kelihatan orang ramai memenuhi acara sesi tayangan itu yang diadakan di kawasan Swedish Restaurant di IKEA Damansara.

Mereka turut berkongsi freebies yang diterima apabila hadir ke sesi tayangan tersebut yang merangkumi:

  • Beg IKEA
  • Bantal bola
  • Baucar RM10 IKEA Food

Walaupun tidak begitu sesak, namun dijangkakan lebih ramai akan hadir bagi tayangan England VS Argentina esok (16 Julai) dan perlawanan akhir pada 20 Julai nanti.

View on Threads
View on Threads
View on Threads

England Bertemu Argentina Di Semi Final, Penentuan Ke Perlawanan Akhir Menentang Sepanyol

Untuk info, perlawanan separuh akhir Piala Dunia FIFA 2026 yang seterusnya adalah di antara England dan Argentina.

Pemenang bagi perlawanan ini akan bertemu dengan kumpulan Sepanyol dalam perlawanan akhir pada 20 Julai waktu tempatan.

Sepanyol dalam perlawanan hari ini (15 Julai) telah mengalahkan Perancis dengan skor 2-0.

Jom kita sama-sama saksikan siapakah yang bakal berentap di perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026 bagi merangkul gelaran juara bola sepak dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Pemain & Kakitangan Skuad England Bakal Raih Bonus Sebanyak RM103 Juta Jika Berjaya Menang Piala Dunia 2026

Baca Artikel Berkaitan: Hanya Terima 3 Kad Meski Catat 59 Kekasaran, Rekod Pengadilan Argentina Jadi Tumpuan

Baca Artikel Berkaitan: Pengurus Mesir Lakukan Isyarat ‘X’ Dalam Perlawanan Piala Dunia Menentang Argentina, Ini Maksudnya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd