Now Reading
KBS Perkenal Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 ‘Tuah’, Ramai Beri Pendapat Berbeza

KBS Perkenal Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 ‘Tuah’, Ramai Beri Pendapat Berbeza

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata inspirasi bagi maskot Tuah timbul daripada imej wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati.

In Brief
  • KBS melancarkan maskot rasmi Sukan SEA 2027 bernama Tuah, melambangkan keberanian, inovasi dan semangat kesukanan Malaysia.
  • Ramai orang ramai tidak berpuas hati dengan reka bentuk Tuah, ada yang menyamakannya dengan toyol, Megaman atau Astroboy.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Malaysia bakal menjadi tuan rumah bagi Sukan SEA ke-34 2027 yang dijadualkan pada 18 hingga 29 September tahun hadapan.

Semalam (13 Julai), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan maskot rasmi Sukan SEA 2027 yang dikenali sebagai Tuah.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata, maskot itu dipilih bagi mencerminkan semangat kebersamaan serta aspirasi Malaysia dalam menyatukan negara-negara ASEAN menerusi platform sukan.

Pun begitu, ramai yang meluahkan perasaan kurang gemar dengan pemilihan maskot tersebut yang dilihat tidak bersesuaian.

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Dipilih Sebagai Tuan Rumah Sukan SEA 2027 Edisi Ke-34

Maskot Tuah Melambangkan Keberanian & Semangat Kesukanan

Melihat kepada maskot Tuah bagi Sukan SEA 2027 itu, kelihatan watak dengan ciri-ciri futuristik seperti sebuah robot.

Taufiq Johari berkata inspirasi bagi maskot Tuah timbul daripada imej wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati.

Maskot itu juga dikatakan menggambarkan generasi baharu Malaysia yang berani menghadapi cabaran, positif dan berdaya saing.

“Nama Tuah dipilih kerana membawa makna kejayaan, kecemerlangan dan keberuntungan yang dicapai melalui usaha, disiplin, ketekunan, kesetiaan serta perpaduan,” katanya dipetik Awani.

Tambah Taufiq Johari lagi, maskot Tuah pula bukan sekadar identiti visual, sebaliknya melambangkan keberanian, semangat kesukanan, inovasi dan aspirasi Malaysia sebagai negara yang berteraskan teknologi.

Ramai Tidak Gemar Dengan Reka Bentuk Maskot Tuah Bagi Sukan SEA 2027

Orang ramai bagaimanapun meluahkan rasa ketidakpuasan hati menerusi hantaran di media sosial dengan maskot Tuah yang dihasilkan itu.

Malah, ada yang berpendapat bahawa maskot itu seolah-olah dihasilkan menerusi janaan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Bagi sesetengah individu pula, maskot Tuah itu kelihatan seperti makhluk toyol, karakter Megaman atau gabungan watak Astroboy bersama Teletubbies.

Mereka turut merasakan penggunaan nama ‘Tuah’ yang klasik tidak sesuai digunakan bagi maskot tersebut.

“Harimau tetap sinonim dengan Malaysia. Kalau guna harimau je tak tukar pun okay, tukar elemen je. Sebab bila sukan selalu kita sebut Harimau Malaya,” kata seorang pengguna media sosial.

Seorang individu turut mempersoalkan ciri-ciri ‘Berani, Mesra dan Bersatu’ yang tidak kelihatan dalam reka bentuk maskot tersebut.

“Logo bukan main menarik banyak huraiannya, tapi bila huraikan maskotnya semua sangat superficial. Tak nampak apa yang melambangkan kebersamaan,” katanya.

Dalam masa sama, orang ramai turut mengkritik visual Jalur Gemilang pada gambar yang memaparkan maskot tersebut kerana tidak mempunyai jumlah jalur yang mencukupi.

Isu sebegini juga pernah hangat dibincangkan pada 2024 apabila ramai rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan rekaan baju sukan Olimpik kontinjen negara ketika itu.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecewa Lihat Baju Atlet Malaysia Bagi Sukan Olimpik 2024, Ini Respon Hannah Yeoh

View on Threads
View on Threads
Sumber: Threads

Nama ‘Tuah’ Pernah Diguna Bagi Maskot SUKMA 2010

Sebagai info, nama Tuah pernah digunakan bagi maskot di Sukan Malaysia (SUKMA) Melaka 2010.

Menggunakan karakter sang kancil, penggunaan nama ‘Tuah’ dilihat lebih bersesuaian ketika itu.

Ada juga yang berharap agar Tuah bagi Sukan SEA tidak akan dikelirukan dengan Tuah dari SUKMA Melaka ini.

Jika dibandingkan, banyak maskot-maskot sukan Malaysia sebelum ini yang lebih menarik dan sesuai dengan budaya tempatan seperti maskot Wira (orang utan) di Sukan Komanwel 1998 dan Rimau (harimau belang) di Sukan SEA 2017.

Sumber: Threads

Baca Artikel Berkaitan: Baju Sukan Olimpik 2024 Buat Kontinjen Malaysia Jadi Topik Hangat, Orang Ramai Mula Reka ‘Design’ Baru

Baca Artikel Berkaitan: MOM Tukar Corak Baharu Pakaian Kontinjen Malaysia Ke Olimpik Paris 2024, Lebih Garang & Menyerlah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd