Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia Papar Laungan Azan, Angkat Kepentingan Ilmu Dalam Islam
Anime ini merupakan satu adaptasi daripada manga ‘A Witch’s Life in Mongol’ oleh Tomato Soup.
- Anime 'Jaadugar: A Witch in Mongolia' mendapat perhatian komuniti Muslim kerana representasi sejarah dan budaya Islam yang tepat.
- Anime ini menekankan kepentingan ilmu selaras dengan ajaran Islam, menerusi kisah Sitara yang menuntut ilmu bersama keluarga sarjana.
- Tiada sebarang agenda woke atau LGBT dalam anime ini, menjadikannya pilihan sesuai untuk penonton Muslim.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Mungkin ramai yang mempunyai tanggapan buruk terhadap animasi stail Jepun atau lebih dikenali sebagai anime.
Namun tidak dapat dinafikan, terdapat karya-karya yang diangkat kerana membangkitkan isu-isu yang dekat dengan kehidupan sebenar.
Satu anime yang baharu ditayangkan kepada umum baru-baru ini, ‘Jaadugar: A Witch in Mongolia’ mendapat perhatian ramai khususnya dalam kalangan komuniti Muslim.
Baca Artikel Berkaitan: Carian Perjalanan Bertemakan Anime Di Malaysia Meningkat 121 Peratus!
Anime Bawa Representasi Tepat Tentang Sejarah Ketika Empayar Mongol Di Parsi
Berlatar belakangkan zaman Islam di Parsi (kini Iran) pada abad ke-13, animasi ‘Jaadugar: A Witch in Mongolia’ mengisahkan tentang sejarah sewaktu jajahan Empayar Mongol.
Anime itu menjadi buah mulut kerana menunjukkan representasi tentang sejarah dan budaya Islam dengan tepat.
Malah terdapat satu adegan di mana jelas kedengaran bunyi azan berkumandang, sesuatu yang amat unik dalam industri animasi di Jepun.
Di samping itu, style animasinya juga mendapat pujian kerana menggambarkan keadaan di zaman itu dengan betul dan mempunyai strok yang cantik.
@alleefashaari You can hear the Azan / Adhan call to prayer in an #anime. Muslim / #Islam representation! This anime is titled Jaadugar A Witch In Mongolia. As a history buff, this is one of my most anticipated anime of 2026. Set in Islamic Persia (#Iran) in the 1200s at the height of the Mongol Empire. #Jaadugar #JaadugarAWitchInMongolia ♬ original sound – Alleef Ashaari
Anime Tekankan Kepentingan Ilmu Seiring Dengan Agama Islam
Diterbitkan oleh produksi animasi Science SARU, anime ‘Jaadugar: A Witch in Mongolia‘ baru sahaja mula ditayangkan secara dalam talian pada 4 Julai lalu.
Animasi yang diadaptasikan daripada manga ‘A Witch’s Life in Mongol’ oleh Tomato Soup mengisahkan tentang seorang kanak-kanak Parsi bernama Sitara yang diperhambakan.
Selepas kehilangan ibunya, Sitara telah diambil oleh seorang wanita, Fatima yang datang dari keluarga para sarjana.
Menerusi ilmu yang dipelajari olehnya ketika bersama keluarga itu Sitara kemudian menyusup masuk ke mahkamah Mongol untuk membalas dendam. Inilah yang menjadi ketakutan empayar itu sehingga dia dianggap sebagai seorang ‘ahli sihir’.
Antara pengajaran utama yang dikemukakan dalam anime tersebut adalah kepentingan ilmu yang turut diangkat oleh agama Islam.
‘Jaadugar: A Witch in Mongolia’ boleh ditonton menerusi platform Crunchyroll.
Tiada Agenda ‘Woke’ Ditampilkan Dalam Anime Jaadugar: A Witch in Mongolia
Anime Jaadugar dilihat mendapat penerimaan yang memberangsangkan dalam kalangan komuniti peminat anime khususnya yang beragama Islam.
Di Threads (@maishiro_art), seorang individu mencadangkan orang ramai untuk menonton anime tersebut yang menawarkan pelbagai pengajaran buat para penonton.
Dia juga merasakan bahawa kisah yang dibawa oleh anime tersebut memberi perspektif dan konteks dalam menggambarkan realiti agar lebih memahami isu kemanusiaan, konflik dan keganasan yang kerap berlaku di dunia.
Dalam masa sama, dia turut mendakwa ramai golongan Islamofobia tidak menggemari dan turut mengecam siri animasi tersebut.
Tambahnya lagi, tiada sebarang agenda yang bertentangan dengan akidah Islam, seperti isu LGBT dan woke, yang dipertontonkan dalam animasi tersebut
“Ia merupakan siri manga sejarah yang sangat dipuji dan pernah merangkul kedudukan pertama dalam senarai Kono Manga ga Sugoi! 2023 bagi kategori pembaca wanita,” katanya.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan: Filem Animasi Mechamato Versi Bahasa Jepun Bakal Ditayangkan Di Pawagam Tempatan
Baca Artikel Berkaitan: Pameran Ulangtahun Ke-20 Animasi NARUTO TV Dilancarkan Di Malaysia Buat Pertama Kali
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram.