Now Reading
Ramai Berang Sikap Pemandu Toyota Parkir Kereta Sehingga Halang Laluan Pejalan Kaki

Ramai Berang Sikap Pemandu Toyota Parkir Kereta Sehingga Halang Laluan Pejalan Kaki

Dipercayai kereta jenis Toyota Corolla telah diletakkan di laluan pejalan kaki di hadapan Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur.

In Brief
  • Sebuah Toyota Corolla diparkir menghalang laluan pejalan kaki berbumbung di hadapan Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur.
  • Orang ramai berasa berang dan mendesak nombor plat tidak ditutup serta menggalakkan laporan dibuat kepada JPJ.
  • Laluan pejalan kaki di Malaysia turut menghadapi masalah lain seperti penunggang motosikal dan kerosakan yang lambat dibaiki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Laluan pejalan kaki disediakan oleh pihak berkuasa tempatan sebagai laluan yang selamat buat orang ramai.

Malangnya, masih terdapat golongan masyarakat yang tidak bertanggungjawab sehingga menghalang laluan ini.

Perkara ini menyebabkan pejalan kaki terpaksa melalui jalan lain atau berjalan di jalan raya, seterusnya mendedahkan mereka kepada risiko kemalangan.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Dedah Punca Sebenar Golongan OKU Sukar Berjalan Sendirian Sekitar Kuala Lumpur

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Buta Penglihatan Gigih Alihkan Motor Yang Halang Laluan Pejalan Kaki OKU

Baca Artikel Berkaitan: [Foto] Kereta Mewah Selamba Parkir Di Laluan Pejalan Kaki & Selekoh Undang Kecaman

Toyota Corolla Halang Laluan Pejalan Kaki Di Hadapan Klinik Cheras

Itulah seperti yang dikongsikan oleh pengguna Threads (@uknzaurora) baru-baru ini apabila sebuah kereta jenis Toyota Corolla menghalang laluan pejalan kaki.

Kelihatan kereta tersebut diparkir di kawasan laluan pejalan kaki berbumbung yang turut merangkumi laluan bagi Orang Kurang Upaya.

Apa yang lebih mengecewakan lagi, wanita itu mendakwa bahawa situasi berkenaan berlaku di hadapan Klinik Kesihatan Cheras, Kuala Lumpur.

Dia yang ketika itu sedang menolak anaknya menaiki kereta sorong juga terhalang laluannya.

“Kiranya kalau nak tolak stroller atau pejalan OKU kena lalu atas kereta ni la kan?” katanya secara berseloroh.

View on Threads

Ramai Luah Rasa Berang, Minta No Plat Untuk Laporkan Pada JPJ

Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai berasa berang dengan sikap pemilik kereta Toyota Corolla yang tidak bertanggungjawab itu.

Malah ada yang berpendapat nombor plat kenderaan itu sepatutnya dibiarkan sahaja tanpa ditutup bagi tatapan orang ramai.

Ramai juga yang memberi saranan agar wanita itu melaporkan situasi tersebut kepada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) agar saman dapat dikeluarkan.

“Jangan tutup nombor plat. Dan boleh laporkan pada MyJPJ. Mesti kena saman,” kata seorang individu.

Dalam pada itu, seorang wanita berkata walaupun kawasan parkir di klinik tersebut sentiasa penuh, namun pemandu berkenaan sepatutnya berusaha dengan cara lain dan tidaklah menghalang laluan pejalan kaki tersebut.

Sumber: Threads

Bukan Laluan Dihalang Sahaja, Terdapat Pelbagai Masalah Lain Di Laluan Pejalan Kaki

Pejalan kaki di Malaysia bukan sahaja terpaksa berdepan situasi laluan yang dihalang seperti dalam kes di atas.

Seperti sebelum ini, seorang mat saleh mendedahkan bahawa terdapat penunggang motosikal di Kuala Lumpur yang menggunakan laluan pejalan kaki, sekali gus mendedahkan pengguna lain kepada bahaya.

Malah, ada juga laluan pejalan kaki yang rosak dan tidak dibaiki dengan segera oleh pihak berkuasa tempatan.

Kerosakan sering kali dibiarkan buat masa lama sehinggalah terdapat individu yang menjalankan inisiatif sendiri seperti seorang lelaki yang membaiki laluan pejalan kaki di Kota Bharu, Kelantan sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Bahaya” – Mat Saleh Persoal Ada Rider Di KL Guna Laluan Pejalan Kaki [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Mengalir Pahala Abang Ni” – Lelaki Baiki Laluan Pejalan Kaki Di Kota Bharu Raih Pujian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd